Al-Hidayah
Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di Dunia Ini Tidak Ada Bezanya
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di Dunia Ini Tidak Ada Bezanya
Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di Dunia Ini Tidak Ada Bezanya ialah buku karya Ahmad Rifa’i Rif’an yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membimbing pembaca dalam aspek penyucian jiwa, akhlak dan pembangunan rohani.
Sinopsis Buku Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di Dunia Ini Tidak Ada Bezanya
Jangan sesekali mahu menjadi orang yang biasa sahaja, kerana penduduk bumi terlalu ramai. Dunia hanya memperhatikan golongan orang yang bukan biasa. Dunia tidak memiliki masa memperhatikan orang yang hidupnya biasa sahaja.
Terdapat berjuta-juta manusia yang hidup dalam satu generasi. Tetapi hanya ada segelintir sahaja orang yang namanya kemudian muncul menjadi bintang. Sementara sebahagian besar yang lainnya terpaksa mengikut alur hidupnya amat sederhana: lahir, hidup beberapa ketika, kemudian meninggalkan dunia tanpa ada sedikit pun jejak sejarah yang layak dikenang generasi setelahnya.
Jadilah manusia yang kehadirannya sentiasa dinanti, diperlukan, dicintai dan disayangi oleh orang di sekelilingnya. Manusia yang kehadirannya amat didambakan, sentiasa ditunggu kedatangannya, ditangisi pemergiannya dan apabila pergi meninggalkan rasa sedih di dalam kalbu.
Jangan sampai ada dan tiadanya dirimu di dunia ini tidak ada bezanya. Ukir namamu di pentas sejarah.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Meningkatkan penghayatan rohani.
- Membantu memperbaiki akhlak.
- Mendorong muhasabah diri.
- Membantu pembangunan diri yang lebih baik.
Maklumat Buku
- Penulis: Ahmad Rifa’i Rif’an
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674393458
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Penuntut ilmu.
- Pembaca yang mencari ketenangan jiwa.
- Guru.
- Pembaca umum.