Karyaseni
Jamil vs Tipah Oleh Weeda Airiza
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Jamil vs Tipah Oleh Weeda Airiza
Jamil vs Tipah karya Weeda Airiza membawa pembaca mengikuti kisah hubungan yang terjalin sejak kecil dan berkembang seiring peredaran masa. Kisah ini berpusat pada Jamil. Kereta dah senget ke tepi, saya nak lalu jalan berselut ni. Nanti kereta tenggelam, habis kita!” - Jamil “Eh, kau berhenti sekarang! Kau nak suruh aku turun, sebab aku buat kereta kau berat, kan, kan?!” – Latifah Latifah geram. Laser betul Jamil, ada saja
Sinopsis Novel Jamil vs Tipah
“Duduk betul-betul boleh tak? Kereta dah senget ke tepi, saya nak lalu jalan berselut ni. Nanti kereta tenggelam, habis kita!” - Jamil
“Eh, kau berhenti sekarang! Kau nak suruh aku turun, sebab aku buat kereta kau berat, kan, kan?!” – Latifah
Latifah geram. Laser betul Jamil, ada saja modal nak bagi dia sakit hati.
Persahabatan mereka sejak kecil terus berantakan gara-gara salah faham. Lebih memeningkan, mereka terpaksa bekerjasama bila kampung pula diserang ‘orang minyak’.
“Baik kamu kahwin, jangan nak jual mahal sangat, Tipah! Orang minyak ni cari anak dara!”
“Eh, kau suka kakak bomboloni montel kau tu ke? Cakap ajelah kalau suka!”
Jamil nekad mahu memperbaiki hubungan mereka. Latifah buat tidak endah, hanya ambil pendekatan untuk tidak menyerah kalah. Namun, kehadiran si cantik jelita menyebabkan jiwa kentalnya menjadi goyah.
“Akak jangan mimpilah nakkan Jamil. Akak bukan taste dia.” - Airin
Latifah keliru. Aku suka Jamil? No! It’s weird, okay? Lagipun, dia Jamil. Aku Latifah.
Macam watak utama filem Madu Tiga. Entah-entah kalau terima, aku berpotensi untuk bermadu! Hesy, gadis itu bertambah seram. Tak mungkin mereka saling mencintai!
“Biar saya jadi mahram awak, suami awak, Tipah.” Argh, kegilaan apakah ini?! Latifah mahu pengsan!
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Jamil vs Tipah
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Weeda Airiza
- Jual Beli Cinta
- Awak Janji Tau
- Memang Dia Orangnya
- Sayang 3 Dalam 1
- Intai-Intai Jodoh