• 7743
1

Berita Publishing

Isteri Sipi-Sipi Oleh Lili Norlaili

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Isteri Sipi-Sipi Oleh Lili Norlaili

Kerana permintaan terakhir seorang kakak, maka perkahwinan ini terakad! Namun, perumpamaan salin tikar tidak boleh digunapakai dalam kisah kami kerana, lain ibu, lain bapa tetapi kami membesar bersama di Ar-Raudhah. Di situ kasih kami bersemi...

Sesudah perkahwinan, aku ditanya sang suami...

Antara kasih, sayang dan cinta; mana yang awak nak?"

Untuk menjawab, aku tiada jawapannya. Sebab sebagai seorang isteri, sudah tentu semua 'rasa' yang ada pada soalan itu amat diperlukan dalam sebuah perkahwinan. Itu semua ramuan kepada rencah kebahagiaan dalam berumah tangga.

"Haruskah Lia memilih? Tak boleh ke kalau Lia nak semua? Tamak ke saya?"

Ini jawapan kepada pertanyaan Abang Amar, tetapi aku kembalikan kepada dia dalam bentuk soalan.

Lalu, kenapa pula dia yang terdiam. Adillah dia pada aku kerana hanya mampu memberi perhatian kasih dan sayang tetapi tidak atas nama cinta?

Lama memendam rasa, hati yang rajuk semakin terseksa. Onar orang ketiga paling memilukan, layanan suami pula sering berubah-ubah, ada kala mesra dan selebihnya hambar, membuat aku terpasung dalam keliru.

***************************************

Selami dan jejakilah misi Lili Norlaili menjalin rasa Amar dan Alia demi mencari kesudahan cinta... kerana mereka masih keliru dengan hati masing-masing.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan atas permintaan terakhir seorang kakak
  • Konflik kasih, sayang dan cinta dalam rumah tangga
  • Hubungan dua insan yang membesar bersama di ArRaudhah
  • Kekeliruan perasaan dan layanan suami yang berubahubah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menggemari kisah perkahwinan dan konflik rumah tangga
  • Pembaca yang suka tema cinta selepas perkahwinan
  • Peminat kisah emosi, pengorbanan dan dilema perasaan

Maklumat Buku

  • Penulis: Lili Norlaili
  • Penerbit: Berita Publishing
  • ISBN: 9789679690002
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan