• 8175
1

Fajar Pakeer

Insan Kau Cinta Oleh Fyda Adim

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Insan Kau Cinta Oleh Fyda Adim

Insan Kau Cinta karya Fyda Adim membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Husna. Sekeping hatiku terluka bagai dihiris-hiris belati tajam. Mahu melupakan seketika keperitan yang sedang menghantui diriku. Semakin aku tahan, semakin aku sakit – HUSNA Dia seorang gadis yang terikat dengan puzzle yang dicipta oleh Daniel. Sekuat apa pun

Sinopsis Novel Insan Kau Cinta

Sekeping hatiku terluka bagai dihiris-hiris belati tajam. Mahu melupakan seketika keperitan yang sedang menghantui diriku. Semakin aku tahan, semakin aku sakit – HUSNA

Dia seorang gadis yang terikat dengan puzzle yang dicipta oleh Daniel. Sekuat apa pun dirinya menolak Daniel, tetap saja lelaki itu mengejarnya sampai dia tersungkur jatuh dan cinta.

Daniel pandai bermain kata. Daniel bijak membuka jiwanya. Namun, satu peristiwa berlaku membuatkan Husna dingin dan tawar hati kepada Daniel!

“Husna, kadang-kadang kita kena lepaskan sesuatu benda yang kita sayang. Barangkali apa yang kita suka itu tidak bagus untuk kita.” - MUAZ

Muaz datang tanpa diundang. Perlahan-lahan Husna melepaskan takdir kepada Muaz kerana dia yakin, lelaki itu adalah figura yang akan membahagiakannya. Sehingga ada insiden yang membuatkan Husna dibelenggu tanda tanya dan satu per satu rahsia Muaz
terbongkar.

“Jangan mudah menabur janji encik takut tidak tertunai janjinya itu.” – HUSNA

Muaz mengubah status hatinya menjadi madu. Kenapa, masa yang sama dia jua yang memberikan hempedu?

Husna dihimpit rasa bersalah. Perasaan terluka. Dirinya dipermainkan.

Muaz? Mampukah meyakinkan Husna bahawa wanita itu adalah yang terakhir dalam hidupnya?

Adakah kesempatan bagi mereka untuk membetulkan keadaan dan mengakhiri semuanya?

Cinta tidak akan tahu ke mana takdir membawanya pergi. Namun, jiwa semestinya tahu… siapa insan yang paling layak dicintai!

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Insan Kau Cinta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.