• 6573
1

Suara Hati Publication

I Want You, Kay Dhamina Oleh Daisy Zahra

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

I Want You, Kay Dhamina Oleh Daisy Zahra

I Want You, Kay Dhamina karya Daisy Zahra membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Syarikat Fantasia Interior. Kay Dhamina muncul di Syarikat Fantasia Interior Design dengan satu misi. Misi mencari jawapan kepada siapa yang menyebabkan adiknya Rose Dhamia menderita Anhedonia. Pasti tekanan yang diterima Rose sangat hebat semasa bekerja di syarikat itu. Lebih

Sinopsis Novel I Want You, Kay Dhamina

Kay Dhamina muncul di Syarikat Fantasia Interior Design dengan satu misi.

Misi mencari jawapan kepada siapa yang menyebabkan adiknya Rose Dhamia menderita Anhedonia.

Pasti tekanan yang diterima Rose sangat hebat semasa bekerja di syarikat itu. Apa yang berlaku sebenarnya? Lebih menghairankan Kay, semua orang termasuk keluarganya sengaja merahsiakan perkara sebenar daripadanya.

“Kalau betul, biar Kay yang cari dan gali sendiri rahsia yang semua orang cuba simpan ni.

Dan biar Kay yang membuat perhitungan!”

Di syarikat itu Kay bertemu dengan Ian Ghadafi. Diakah penyebabnya? Hidungnya mancung, bibir berwarna ceri dan rambutnya lebat. Kening sudah tentu tebal. Ciri-ciri lelaki bermata keranjang!

Ian sudah jatuh cinta dengan Kay manakala Kay mahu menjatuhkan Ian! Kay keliru buat seketika. Biarpun seperih mana Ian membuktikan keikhlasan cintanya, Kay enggan percaya.

Demi Rose, akhirnya maruah lelaki itu diinjak hingga ke tahap yang paling memalukan!

“I nak you menderita, Ian!”- Kay

“Tahniah. You dah berjaya menjatuhkan I.”- Ian

Tapi sayangnya, Kay tersalah percaturan. Sebuah kemaafan menjadi mahal buat Ian. Bagaimana akhirnya sebuah dendam Kay?

“I’m sorry, Ian. I jahat, kan? I tak akan main-mainkan perasaan you lagi....”

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel I Want You, Kay Dhamina

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Daisy Zahra

  • Aku Dia & Com
  • Kalau Bukan Kerana Cinta
  • Mangsa
  • Suamiku Tak Gentleman
  • My Miss