Penulisan2u
I'm Mrs. Kertu Oleh Danisyarahmat
- Regular price
- RM 19.00
- Sale price
- RM 19.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis I'm Mrs. Kertu Oleh Danisyarahmat
Ainul Mardhiah – Keindahan zaman remajanya telah diragut, kehidupannya telah musnah gara-gara malam durjana. Dia hilang segala-galanya termasuk nilai sebuah kesucian. Takdir telah mengikat jodohnya dengan Adam Yusuf. Egonya tidak dapat menerima cinta seorang lelaki tua meski lubuk hatinya ada terdetik sayang.
Adam Yusuf – Cintanya kepada Ainul berputik pada saat pertemuan pertama. Wajah Ainul yang mirip arwah isterinya,telah kembali menggoncangkan jiwa lelakinya.
Jodoh yang ditetapkan oleh Allah sebelum langit dan lautan diciptakan-Nya telah terikat.Takdir telah menemukan mereka meski usia menjadi bandingan.
“Ain tak nak kahwin. Ain nak capai cita-cita dulu. Kalau kahwin pun bukan dengan lelaki...”
“Tua macam saya.”
“Belum cuba belum tahu Ainul. Saya ni macam kelapa tua. Makin berlemak dan manis.”
“Hmmm... lelaki tua memang miang macam ni ke?”
Menyedari getar jiwanya tidak berbalas, Adam Yusuf pergi membawa diri. Terpisah mereka antara benua. Namun pernikahan rahsia itu masih disimpan utuh. Lamaran Hafiz menerbitkan keazaman dalam jiwa Ainul Marhiah untuk menokhtahkan akad yang telah terjalin selama empat tahun.
Namun, pertemuan semula Adam Yusuf dan Ainul Mardhiah seakan-akan memudarkan rasa benci itu. Pertunangan Adam Yusuf dan Mariza membuahkan cemburunya. Adakah itu tanda sayang?
“Ainul menyesal kahwin dengan si kertu ini?”
Abang bukan kertu tapi perfecto.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Percintaan dengan jurang usia antara Ainul Mardhiah dan Adam Yusuf
- Perkahwinan rahsia dan jodoh yang telah ditentukan
- Trauma masa lalu serta usaha membina semula kehidupan
- Konflik ego, cemburu dan penerimaan terhadap cinta
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang meminati kisah cinta pasangan berbeza usia
- Pembaca yang gemar tema perkahwinan rahsia dan jodoh tak disangka
- Pembaca yang menyukai konflik emosi, cemburu dan cinta terpendam
Maklumat Buku
- Penulis: Danisyarahmat
- Penerbit: Penulisan2u
- ISBN: 9789670567006
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg