Idea Kreatif
Fathi Gabrielle : A Broken Soul Oleh Nssignature
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Fathi Gabrielle : A Broken Soul Oleh Nssignature
Fathi Gabrielle : A Broken Soul karya Nssignature membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Fathi Gabrielle. Fathi Gabrielle Dia terpaksa melepaskan wanita kesayangannya ke tangan lelaki lain tanpa kerelaan hati. Clarissa Arabella Dia jatuh cinta pada seorang jejaka melayu tulen, sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. Namun, apabila hati sudah
Sinopsis Novel Fathi Gabrielle : A Broken Soul
Fathi Gabrielle
Dia terpaksa melepaskan wanita kesayangannya ke tangan lelaki lain tanpa kerelaan hati. Dia terpaksa dan dipaksa.
Clarissa Arabella
Dia jatuh cinta pada seorang jejaka melayu tulen, sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan seumur hidupnya. Namun, apabila hati sudah menginginkan, manakan dapat dia mencegah.
Kerana cinta, Clarissa sanggup menggunakan kuasa bapanya agar Fathi jatuh ke tangannya. Dan dia berjaya. Fathi menjadi miliknya yang sah dengan akad sebuah perkahwinan.
"I hate you Clarissa. I really hate you. Jika kau fikir dengan mengahwini aku akan membuatkan kau menang, kau memang silap besar. Kau musnahkan seluruh bahagia aku. Kau hilangkan Aisya dari hidup aku. Kau memang kejam!" —Fathi Gabrielle
Menghadapi kebencian seorang lelaki yang bergelar suami membuatkan Clarissa rapuh. Awalnya, dia tidak mahu mengalah. Tapi bila terlalu banyak hal yang mengasak, dia akur bahawa cinta Fathi tak pernah wujud buatnya walaupun untuk sedetik cuma. Dia sedar bahawa dunianya tak akan mampu bersatu dengan dunia Fathi lagi.
"Bella minta maaf. Sebabkan Bella, abang jadi macam ni. Bella tahu, dari dulu lagi Bella bawa luka je pada abang. Dari awal kita kahwin sampailah sekarang. Hanya luka yang Bella hadiahkan." —Clarissa Arabella
Apa yang akan berlaku apabila Clarissa mengambil keputusan untuk mengalah? Adakah Fathi akan temui bahagia yang diimpikannya? Benarkah bahagia Fathi bukan pada Clarissa?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Fathi Gabrielle : A Broken Soul
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Nssignature
- Ammar Zahrain : The Obsessive Husband
- Cullen's Angel
- Fahrin Mikael