• 9111
1

Al-Hidayah

Doa & Zikir Penawar Tekanan Segera

Regular price
RM 7.00
Sale price
RM 7.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Doa & Zikir Penawar Tekanan Segera

Doa & Zikir Penawar Tekanan Segera ialah buku karya Fathullah Yasin yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini menghimpunkan amalan doa dan zikir yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian.

Sinopsis Buku Doa & Zikir Penawar Tekanan Segera

Doa & zikir bukan hanya sekadar ibadah. Malah fungsi dan kesannya lebih dari itu. Bagi jiwa yang agak tertekan dan tidak tenang, doa & zikir juga merupakan salah satu terapi yang mampu memberi ketenangan dan meredakan himpitan tekanan masalah kehidupan. Walaupun ia kelihatannya seperti tidak logik oleh akal manusia. Namun itulah kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang bernama manusia.

Buku ini menghimpunkan doa & zikir yang boleh kita amalkan bila-bila masa lebih-lebih lagi ketika mana jiwa dan perasaan terasa tertekan dan bercelaru. Ia amat mudah untuk diamalkan. Setiap doa & zikir yang kita ucapkan itu InsyaAllah akan mendapat ganjaran pahal daripada Allah SWT.

Maka tinggalkan perbuatan bodoh yang sering dilakukan orang yang ditimpa masalah dengan menghabiskan masa mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan maksiat. Contohnya, menyendiri dan menjerit tidak tentu hala, mengambil dadah, minuman keras dan banyak lagi perlakuan yang tidak bermanfaat melah membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Sekiranya anda dilanda masalah dan tekanan hidup mengadulah, berdoalah dan memohonlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menggalakkan amalan doa dan zikir.
  • Membantu meningkatkan hubungan dengan Allah.
  • Sesuai diamalkan setiap hari.
  • Menjadi panduan rohani yang bermanfaat.

Maklumat Buku

  • Penulis: Fathullah Yasin
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670267579
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 4 x 6

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pembaca umum.
  • Keluarga Islam.
  • Remaja dan dewasa.
  • Pencinta bahan motivasi Islam.