• 9602
1

Karyaseni

Dia Tetap Sempurna Oleh Anjell

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Dia Tetap Sempurna Oleh Anjell

Dia Tetap Sempurna merupakan novel romantik Melayu karya Anjell yang menyentuh tentang cinta, penerimaan dan keikhlasan dalam melihat seseorang melebihi apa yang tersurat. Pertemuan antara Dara Nailufar dan Eskandar Arasyah bermula dengan cara yang tidak dijangka, sebelum membawa mereka ke dalam sebuah hubungan yang penuh kenangan, misteri dan emosi.

Di sebalik pesona serta kesempurnaan yang dilihat oleh semua orang, Eskandar menyimpan satu rahsia yang menjadi benteng dalam hidupnya. Novel ini sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah romantik yang manis, hero misteri, konflik emosi yang mendalam dan mesej tentang menerima seseorang seadanya.

Sinopsis Novel Dia Tetap Sempurna

Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya, dikejar kucing!

Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian.

“After all, until the cruise ends, I'm all yours, sunshine.” – Eskandar Arasyah

Ya… Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri.

Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu. Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna.

Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. No access.

“Aku tak sempurna, Dara.” – Eskandar Arasyah

“Nobody is perfect.” – Dara Nailufar

“Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima.” – Eskandar Arasyah

“But you have everything.” – Dara Nailufar

Bagi Dara, tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia itu tak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Kisah romantik yang menyentuh tentang penerimaan dan keikhlasan.
  • Watak hero misteri yang menyimpan rahsia besar di sebalik kesempurnaannya.
  • Jalan cerita penuh emosi dengan perkembangan hubungan yang menarik.
  • Latar kapal persiaran mewah yang memberi suasana romantik dan eksklusif.
  • Sesuai untuk peminat novel romantik Melayu karya Anjell.

Genre Novel Dia Tetap Sempurna

  • Novel Romantik Melayu
  • Contemporary Romance
  • Romantic Drama
  • Emotional Romance
  • Slow Burn Romance

Novel Berkaitan Anjell

  • King Haidar
  • Dr. Alpha Male
  • Dheo's
  • Lelaki Astatine