• 4906
1

Karyaseni

Dia Bukan Bidadari Oleh Myra Ameer

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Dia Bukan Bidadari Oleh Myra Ameer

Dia Bukan Bidadari karya Myra Ameer mengisahkan hubungan yang tercetus antara dua individu daripada dunia yang berbeza serta dipenuhi konflik emosi. Kisah ini berpusat pada Nur Jannah. Zulaika menganggap cita-cita itu impian gila tetapi tidak bagi Nur Jannah Zahra. Demi mengejar apa yang diimpikan, setiap pesanan orang tuanya, langsung dibuang ke tepi. Berbekalkan rupa paras yang cantik, penampilan menarik dan gaya yang sedikit menggoda,

Sinopsis Novel Dia Bukan Bidadari

“Aku nak kahwin dengan anak orang kaya dan hidup senang.”

Itulah cita-citanya sejak dia berusia dua belas tahun lagi. Zulaika menganggap cita-cita itu impian gila tetapi tidak bagi Nur Jannah Zahra. Demi mengejar apa yang diimpikan, setiap pesanan orang tuanya, langsung dibuang ke tepi.

Berbekalkan rupa paras yang cantik, penampilan menarik dan gaya yang sedikit menggoda, memikat lelaki kaya bukan perkara yang susah baginya. Tetapi ada syaratnya, boleh berjumpa, membeli-belah berdua dan makan bersama tetapi tidak boleh menyentuhnya. Sesiapa yang sudi ‘you are welcome’ tetapi kepada yang terlebih aksi dia akan mengucapkan

“good bye”

.

Tetapi itu tidak lama apabila jiwa kental Nur Jannah mula goyah ketika mata tertala kepada pemilik nama Syed Azrai Mikael Tan Sri Syed Jalal.

Sayangnya ketika benih cinta baru hendak bermula, skandal lama datang membuat onar. Akibat satu peristiwa yang tidak diduga, Syed Azrai nekad mengupah sahabat baiknya, Fareez Azeem sebagai ‘driver cum bodyguard’ untuk pujaan hati. Bermula dari detik itulah hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek mulut Fareez yang dianggapnya puaka.

“Tak kelas langsung ada driver tapi bawak Perodua Myvi aje!” – Nur Jannah

“Weiii! kereta aku ni belum habis bayar lagi tau. Kalau tertanggal pintu tu siapa nak bertanggungjawab? Nak mintak duit kau pun aku kesian.” – Fareez

Kisah cinta yang disangka seindah kisah Cinderella itu rupanya tak seperti yang dibayangkan. Pelamin indah yang diangankan tiba-tiba musnah dilanda petir. Ketika kebenaran terungkai dan ketika  hati sedang terluka kecewa, tiba-tiba muncul seorang lelaki lain di dalam hidupnya.

“I masih cintakan you.” – Syed Azrai

“Saya sayangkan awak, Jannah.” – Fareez Azeem

“Ikut saya demi Nini.” – Azad Bakri

Jadi siapakah lelaki yang akan Nur Jannah pilih sebagai teman sehidup semati? Syed Azrai Mikael, lelaki yang dicintai, Fareez Azeem, suami bukan pilihan  atau Azad Bakri, lelaki jutawan yang berstatus duda? Namun, mampukah Nur Jannah menggapai bahagia tanpa reda dari  seorang lelaki bergelar bapa?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Dia Bukan Bidadari

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Myra Ameer

  • Utusan Cinta Buat Adam
  • Andai Mampu Kugapai Syurga
  • Dicintai Atau Mencintai
  • Sesal Separuh Nyawa
  • Demi Kamu, Anna Balqis