Ink Loaf
Destinasi Bahagia Kita Oleh Hannam
- Regular price
- RM 48.00
- Sale price
- RM 48.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Destinasi Bahagia Kita Oleh Hannam
Aqashah Zuhair tahu bila perlu menekan brek atau memecut, kecuali dalam hal perasaan. Atlet lumba basikal yang cekap mengawal kayuhan ini langsung gagal mentafsir isyarat hati sendiri. Suatu kejadian malang berlaku, lalu dia pulang ke kampung sebagai atlet yang digantung.
Aina Jazleen, pembonceng setia sejak kecil dan pengacau tidak bertauliah, kini berhenti memendam perasaannya. Gadis petani kebanggaan kampung ini, menjadikan sindiran halus dan senyuman yang terlalu yakin sebagai senjata harian. Aqashah pura-pura tenang, walhal hatinya sudah lama hilang imbangan.
Ketika tempoh penggantungan tamat, Aqashah kembali ke arena perlumbaan. Namun, sebelum meneruskan perlumbaan, Aqashah membuat satu keputusan besar yang tak dapat ditangguhkan lagi untuk dirinya dan Jazleen.
“Walaupun sales jatuh teruk, orang memang dah tak nak dekat awak. Sekian, harap maklum.” – Aina Jazleen
“Tak ada sales pun, aku free aje untuk kau. Ambillah aku, okey? Please…” – Aqashah Zuhair
Adakah bahagia benar-benar menjadi destinasi mereka?
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta antara sahabat sejak kecil yang berkembang menjadi hubungan romantik
- Konflik perasaan dan kegagalan memahami isyarat hati
- Kehidupan atlet lumba basikal serta usaha kembali ke arena perlumbaan
- Kepulangan ke kampung dan kehidupan sebagai gadis petani
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Peminat kisah cinta sahabat sejak kecil
- Pembaca yang menyukai tema friendstolovers
- Peminat watak atlet dan latar sukan
Maklumat Buku
- Penulis: Hannam
- Penerbit: Ink Loaf
- ISBN: 9786299626770
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg