• 8238
1

Fajar Pakeer

Denganmu Kurasai Cinta Oleh Ainon Zaini

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Denganmu Kurasai Cinta Oleh Ainon Zaini

Denganmu Kurasai Cinta karya Ainon Zaini membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Julita. Dua-dua menyusahkan orang.” – JULITA Mr. Erwin, naga jadian yang buat Julita berapi sepanjang masa. Suka sangat mamat garang ni menghura-harakan hidupnya. Kalau mahu kerja, mesti perangai cantik. Kalau tidak, awak boleh berhenti kerja – MR. EDWIN Julita ketap

Sinopsis Novel Denganmu Kurasai Cinta

“Naga jumpa buaya. Dua-dua menyusahkan orang.” – JULITA

Mr. Erwin, naga jadian yang buat Julita berapi sepanjang masa. Suka sangat mamat garang ni menghura-harakan hidupnya. Semua nak ikut kata dia. Poyolah dia ni.

“Kerja tak boleh main-main. Awak sudah cederakan pekerja lain. Saya bagi warning akhir. Kalau mahu kerja, mesti perangai cantik. Kalau tidak, awak boleh berhenti kerja – MR. EDWIN

Julita ketap bibir membendung perasaan. Rasa mahu sepak-sepak saja bos yang tidak mahu mendengar penjelasannya.

“Saya suka awak. Saya nak awak.” - ISKAN

Iskan, lelaki yang berani berterus terang. Yang pandai beli jiwa, tapi cemburu buta.

Kedua-duanya menyedarkan Julita bahawa cinta adalah hal yang complicated. Julita perlu memilih antara mereka. Bertambah serabut bila Nurlis muncul. Nurlis yang tidak pernah senang hati melihat kebahagiaannya. Ada saja akal jahatnya mahu mengenakan Julita.

"Kau rampas Iskan daripada aku, kemudian kau rampas pula Mr. Edwin yang mula baik dengan aku! Kau memang tamak Julita! Kau porak-perandakan hidup aku!” - NURLIS

Antara dua jejaka itu, dengan siapa harus dia menyemai cinta? Adakah pilihan itu yang terbaik? Buat dia bahagia? Buat dia derita? Tiga hati, satu cinta… di mana titik noktah cinta Julita?

Segala hal yang baik selalu datang di waktu yang tepat dan tentu dengan seseorang yang tepat. Julita pasti lelaki yang berjodoh dengannya adalah perjalanan cintanya yang terakhir.

Datanglah sepuluh wanita seperti Nurlis, dia pasti lelaki itu akan menjadi penyelamat terakhir hatinya.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Denganmu Kurasai Cinta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ainon Zaini

  • Seratus Persen Milikku
  • Galeri Cinta
  • Andartu Comel
  • Cinta Black Forest
  • Cinta Puteri LER