• 5026
1

Penulisan2u

Dengan Atau Tanpamu Oleh Cik D

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Dengan Atau Tanpamu Oleh Cik D

Dengan Atau Tanpamu karya Cik D menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Adryan Umar. Dian Fatihah kata Jeffry Azman, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana. Alasan demi alasan Dian

Sinopsis Novel Dengan Atau Tanpamu

Dian Fatihah kata Jeffry Azman, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana.

Alasan demi alasan Dian cipta demi menyelamatkan diri daripada jodoh tak diundangnya itu. Tak dijangka, hadir Adryan Umar, jejaka tampan yang merupakan anak kepada kenalan Dian dan mamanya sewaktu di Tanah Suci. Kehadirannya buat hati Dian tak tenteram di tempatnya. Tambah tak tenteram bila dengan tiba-tiba kunjungan mengejut Adryan bersama uminya, berubah menjadi sesi peminangan tidak rasmi buat dia.

“Dian nak ke kalau umi masuk meminang Dian untuk abang?” – Ryan

“Kita baru jumpa sekali kut!” –Dian

“Tapi abang rasa macam dah lama kenal Dian.” – Ryan

Antara jodoh tak dijangka dengan jodoh tak diundang, Dian lebih yakin untuk memilih jodoh tidak dijangkanya.Walaupun pertemuan singkatnya bersama Adryan Umar hanyalah satu kebetulan, pada Dian sudah cukup untuk dia meyakinkan hati yang sudah mula tertarik dengan peminangan ikhlas lelaki dari negeri Jelapang Padi itu.

Pinangan Adryan Umar, anak kepada Hajah Rashidah diterima tanpa prejudis, seterusnya menolak Jeffry dari meneruskan hasratnya mahu memiliki gadis itu. Cinta cuba disulam walaupun dalam hati masih belum terbit perasaan cinta.

“Kita mulakan semula apa yang Dian tak pernah buat pada abang sebelum ni? - Dian

“Macam mana tu?” - Ryan

“Kalau sebelum ni... Dian tak sayang abang, mulai saat ni, Dian nak sayang abang. Sayang sangat-sangat, boleh?”

Bahagia yang cuba dicipta tak kekal lama. Semuanya ranap hanya kerana satu kejadian hitam yang tidak sempat dijelaskan. Dian disisih. Kasih yang baru disulam buatnya menghilang dan sayang yang ditunjukkan Ryan kepadanya, juga terpendam.

“Dengan atau tanpa dia... Hidup akan tetap diteruskan.” - Dian.

Dian ditinggalkan sepi, mengharap lelaki itu kembali dan menghangatkan kembali malam-malamnya yang suram, namun hampa bila Ryan memilih untuk terus menyepikan diri.

“Sampai bila awak nak pendam perasaan awak tu, Ryan? Awak biar hati awak luka. Awak biar hati awak sakit setiap kali pandang saya. Cukup Ryan, lepaskan Dian kalau awak rasa dah tak mampu lihat Dian yang kotor ni ada depan mata awak...” – Dian

Dian dihukum, walau silapnya bukan datang pada dirinya. Bibir meminta, namun hati tak pernah menginginkan untuk ditinggalkan hidup sendirian. Kehadiran semula Jeffry, dalam diam mahu mengubat kedukaan Dian yang kehilangan. Kalau mampu, dia mahu menjadi penuntun hati wanita yang ditinggalkan itu.

“Sebab abang sedang mencari seseorang yang sudi berlayar bersama abang.”- Jeffry

Tergugat atau tidak ego Ryan bila sudah ada yang datang dan cuba mengharap kembali cinta si isteri? Rungkaikan semuanya dalam Dengan Atau Tanpamu…

“Sebab abang sedang mencari seseorang yang sudi berlayar bersama abang.”

- Jeffry

Tergugat atau tidak ego Ryan bila sudah ada yang datang dan cuba mengharap kembali cinta si isteri? Rungkaikan semuanya dalam Dengan Atau Tanpamu…

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Dengan Atau Tanpamu

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Cik D

  • Bila Papa Jatuh Cinta
  • Dia...Sebelum Aku