Penulisan2u
Dalam Hati Ada Dia Oleh Illa Shanahila
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Dalam Hati Ada Dia Oleh Illa Shanahila
Dalam Hati Ada Dia karya Illa Shanahila membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Wanda Nurhannah. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan selain mendapat 5A dalam UPSR. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana ketampanannya.
Sinopsis Novel Dalam Hati Ada Dia
WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan...
Dan dia juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru.
NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana ketampanannya. Tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia
hanya inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai.
Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan satukan oleh satu ‘Hati’.
“Ada syiling tak?” - NICK
“Kenapa?” - WANDA
“Nak tukar, boleh?” - NICK
“Nah!” - WANDA
Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah terambil hati aku.
Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana satu percaturan, satu takdir.
“Nama siapa?” - NICK
“Senah. Saya nak panggil awak apa ni?” - WANDA
“Panggil saya Dollah!” - NICK
Akhirnya pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Wanda berbunga-bunga dan membuatkan hati wanda memainkan irama kompang setiap kali terpandang wajah Nick... Namun
kehadiran FAHIM memulakan kembali segala sejarah hitam kelabu dalam hidupnya. Fahim yang dulu bukanlah yang sekarang... Begitu juga dengan dirinya... Dulu dia ditolak, kini dia
disayang...
Benarkah karma akan berlaku? Dan, benarkah Dollah yang ada dalam hati Wanda?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Dalam Hati Ada Dia
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Illa Shanahila
- Game Over, Romeo!
- Pencuri Cinta Kelas Satu
- Memori Tri + Nani
- Misi Mencari Pengantin Lelaki
- Mr. Nice Jerk