• 2966
1

Penulisan2u

Cinta Sedingin Mint Oleh Azura Rasddin

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Cinta Sedingin Mint Oleh Azura Rasddin

Cinta Sedingin Mint karya Azura Rasddin membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Cartaz Amani. Yang penting, saya tahu awak sombong. Dan sebab itu, saya rasa saya tak perlu nak minta maaf kepada perempuan sombong macam awak. Fair enough!”- Halifie Pertemuan pertama di antara Cartaz Amani dan Halifie mencetuskan perasaan benci dalam hati mereka. Bermula

Sinopsis Novel Cinta Sedingin Mint

“Saya tak tahulah apa masalah awak dengan saya. Yang penting, saya tahu awak sombong. Dan sebab itu, saya rasa saya tak perlu nak minta maaf kepada perempuan sombong macam awak. Fair enough!”- Halifie

Pertemuan pertama di antara Cartaz Amani dan Halifie mencetuskan perasaan benci dalam hati mereka. Namun, jodoh mereka begitu kuat. Bermula dengan hidup berjiran sehinggalah menjadi hubungan kekeluargaan. Senang cerita, Cartaz Amani tidak dapat melarikan diri daripada Halifie.

Atas tiket hubungan kekeluargaan, Halifie cuba berbaik dengan Cartaz Amani walaupun gadis itu begitu dingin kepadanya. Persahabatan mula terjalin. Hubungan semakin akrab sehingga tahap di mana ada Cartaz Amani, di situ ada Halifie. Asyik berkepit 24 jam saja.

“Saya nak nasi goreng halia. Awak masakkan, ya… Saya lapar sangat ni. Boleh ya, Cartaz…” – Halifie

“Amboi! Suka-suka awak aje suruh saya masak untuk awak. Awak ingat saya ni tukang masak peribadi awak ke?”- Cartaz Amani

Benarkah mereka hanya teman tapi mesra?

“I do love her… I love Cartaz Amani.”

Si teruna sudah jatuh cinta. Bagaimana pula dengan si dara?

“Saya tak pernah suka awak. Saya tak pernah cintakan awak dan saya tak akan cintakan awak. Saya cintakan Zamir dari dulu, kini dan selama-lamanya. Awak jangan bermimpi untuk rampas saya daripada dia. Cinta saya tak akan beralih kepada awak sebab I am deeply in love with him.” - Cartaz Amani

Bicara angkuh Cartaz Amani menikam hati Halifie. Pemergian mama lelaki itu menambahkan lagi duka dalam hatinya lalu Halifie membawa diri untuk mengubati hati yang terluka.

Benarkah Cartaz Amani tidak mencintai Halifie? Jika benar, kenapa dia rasa kehilangan pada saat Halifie pergi daripada hidupnya? Adakah disebabkan rasa sedih kerana kehilangan seorang teman tapi mesra ataupun dia mencintai lelaki itu tanpa disedarinya? Selami kisah mereka dalam Cinta Sedingin Mint…

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Cinta Sedingin Mint

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.