• 6242
1

Alaf 21

Cinta Mr. Ice Block

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Cinta Mr. Ice Block Oleh Zulfati Hanis

Cinta Mr. Ice Block karya Zulfati Hanis membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Bagi Nasrul. Benarlah orang kata, rindu pada yang telah tiada amat menyakitkan. Lapan tahun menduda, Nasrul masih berpegang erat pada sumpah setia. Lebih terkilan bila insan yang dinikahi menghadap ILAHI selepas beberapa bulan hidup bersama. Datanglah berapa ramai pun

Sinopsis Novel Cinta Mr. Ice Block

Benarlah orang kata, rindu pada yang telah tiada amat menyakitkan. Lapan tahun menduda, Nasrul masih berpegang erat pada sumpah setia. Lebih terkilan bila insan yang dinikahi menghadap ILAHI selepas beberapa bulan hidup bersama. Dunia terasa gelap-gelita. Hidup seperti tiada rasa.

Datanglah berapa ramai pun calon isteri, tetap tiada seorang pun yang lekat di hati. Bagi Nasrul, Zabrina telah membawa seluruh cintanya ke alam abadi. Sebagai pelukis jalanan, segala apa yang dirasa diluahkan di atas kertas putih. Dengan cara itu, barulah dia faham makna tenang.

Insiden perlanggaran tanpa sengaja, mencipta pertemuan antara Nasrul dan Farah. Farah gadis sempoi yang agak gila-gila. Nasrul mula rimas dengan sikap Farah yang agak terbuka meluah apa yang dirasa. Bagi Nasrul, Zabrina itu cintanya sampai mati. Lalu, Farah terpaksa akur. Cinta ini harus dinoktahkan.

Saat Farah semakin menjauh, Nasrul pula seakan mencari. Hidupnya mula sunyi bila tiada usikan daripada Farah. Dia merindui kehadiran Farah. Sudah lama rasa ini hilang dalam hidupnya. Bila tiba saat untuk dia membalas cinta Farah, mengapa Farah tiba-tiba menghilang? Adakah dia sudah terlewat untuk bercinta lagi?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Cinta Mr. Ice Block

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Zulfati Hanis

  • Ingat-Ingat Lupa
  • Kembali Padamu
  • My Sweet Tom Girl