Booku Enterprise
Chandelier Oleh Acik Lana
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Chandelier Oleh Acik Lana
Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.
Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.
Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.
“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”
“Keisha....” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.
“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”
“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.
Keisha... I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.
Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.
“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.”
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perubahan diri daripada kehidupan materialistik kepada cinta yang ikhlas
- Trauma dan kesan emosi selepas mengalami insiden ngeri
- Cinta yang melangkaui kekayaan, status dan kemewahan
- Kekhilafan masa lalu, penyesalan dan akibat perbuatan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel cinta Melayu dengan konflik emosi yang kuat
- Peminat kisah transformasi watak dan penebusan diri
- Pembaca yang menyukai tema cinta antara darjat dan status berbeza
- Peminat kisah trauma, ujian hidup dan proses penyembuhan emosi
Maklumat Buku
- Penulis: Acik Lana
- Penerbit: Booku Enterprise
- ISBN: 9789671286050
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg