Al-Hidayah
Bulan Ramadan Jalan Menuju Taubat dan Bertakwa
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Bulan Ramadan Jalan Menuju Taubat dan Bertakwa
Bulan Ramadan Jalan Menuju Taubat dan Bertakwa ialah buku karya Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami kandungan Al-Quran melalui penerangan, tafsir atau panduan bacaan.
Sinopsis Buku Bulan Ramadan Jalan Menuju Taubat dan Bertakwa
Bulan Ramadan adalah bulan yang amat istimewa sekali untuk seluruh umat Islam. Ia juga dikenali sebagai bulan yang penuh keberkatan, keinsafan dan keampunan. Di dalam bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia daripada seribu malam yang itu juga telah disebutkan sebagai Lailatul Qadar. Malah keistimewaan malam itu juga telah disebutkan di dalam Al-Quran.
Bulan Ramadan juga telah menyaksikan pelbagai peristiwa sejarah besar yang pernah berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam terdahulu, yang memberikan impak besar kepada sejarah ketamadunan dan wajah dunia. Malah tidak mustahil juga peristiwa besar akan berlaku kepada setiap individu itu sendiri. Ini adalah kerana bulan Ramadan ini penuh dengan keberkatan dan kemuliaannya. Inilah madrasah atau institusi yang mampu membangunkan insan yang patuh dan tunduk kepada perintah dan larangan Allah S.W.T. Ia juga merupakan tempoh masa yang amat sesuai dan tenang bagi setiap manusia untuk bertaubat dan mengukuhkan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Buku ini begitu istimewa sekali untuk dibaca lebih-lebih lagi untuk kita memuhasabah diri dan seterusnya memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik daripada hari ini. Semoga setiap ibadah dan usaha gigih kita untuk meraih keredhaan Allah akan sentiasa kita lakukan dengan penuh istiqamah dan keikhlasan kepada-Nya.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Quran.
- Membantu penghayatan ayat-ayat suci.
- Sesuai dijadikan rujukan pembelajaran.
- Menggalakkan tadabbur Al-Quran.
Maklumat Buku
- Penulis: Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674390150
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar.
- Guru.
- Keluarga Islam.
- Pembaca umum.