Fajar Pakeer
Bukan Dia Tapi Aku Oleh Nurul Atiqh Ghuzir
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Bukan Dia Tapi Aku Oleh Nurul Atiqh Ghuzir
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Walau berkongsi tarikh lahir, nasib Anna dan Nia sangat berbeza. Bagi Nia pula, badai yang datang memukul jiwanya tanpa henti. Bagai tiada elipsis sama sekali.
Sering Nia tertanya, kenapa dia dan bukan aku?
Kehadiran Hazeer mengubat lara Nia. Sepucuk surat pantun menjadi pengganti kata.
Bibir tertawa hati menangis,
Hati mendamba cinta sejati,
Harapan bahagia inginku lukis,
kerana ada engkau di hati.
Siapa sangka, surat perantara itulah titik pengubah segala. Sakit dan kecewa yang lama terpendam mengaburi hati. Persahabatan yang dulunya murni terputus bagaikan tiada erti.
Pertemuan semula dengan Hazeer yang sedang jatuh bagai cahaya penantian yang kembali menyuluh.
“Terima kasih Nia. Tak pernah saya sangka awaklah orang yang akan bantu saya di saat begini. Kalau awak tak ada, entah apa yang jadi dekat saya.” – HAZEER
Terdesak untuk merealisasikan impiannya, Nia sanggup berbuat apa saja. Tiada siapa dapat menghalang dari dia mendapatkan ‘hak’ yang pernah hilang.
Muncul pula ‘penyelamat’ misteri datang mengusik hati. Pesona keras yang terbina di atas kepahitan senang sekali dirungkai.
“Awak ni acah-acah garang konon macam kebal. Tapi jauh di sudut hati, awak sebenarnya macam tisu. Mudah koyak.” – ERIC
Satu per satu kemelut hidup Nia kembali berputar ligat sehingga akhirnya hampir meragut nyawa.
Siapa sebenarnya yang menjadi duri dalam daging kehidupan Nia?
Adakah lumrah untuk terkejarkan kasih yang bukan milik kita?
Ada hal yang lebih menyakitkan daripada kehilangan ialah harus melepaskan seseorang yang tempatnya masih di hati kita. Namun, percayalah, jika sesuatu itu milik kita ianya akan tetap kembali menjadi milik kita.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta tidak kesampaian dan perasaan terhadap seseorang yang bukan milik sendiri
- Konflik persahabatan akibat kecewa, cemburu dan salah faham
- Perjuangan mendapatkan semula hak serta impian yang pernah hilang
- Trauma, kepahitan hidup dan proses penyembuhan emosi
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu yang menggemari kisah cinta berliku
- Pembaca yang suka konflik persahabatan, cemburu dan salah faham
- Peminat watak wanita yang kuat, terluka dan berusaha bangkit
- Pembaca yang menikmati kisah cinta tiga segi serta kemunculan penyelamat misteri
Maklumat Buku
- Penulis: Nurul Atiqh Ghuzir
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838221870
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg