Al-Hidayah
Asas Pengetahuan Agama Islam Tauhid, Fiqh & Akhlak
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Asas Pengetahuan Agama Islam Tauhid, Fiqh & Akhlak
Asas Pengetahuan Agama Islam Tauhid, Fiqh & Akhlak ialah buku karya Akhmal Hj. Mohd. Zain yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.
Sinopsis Buku Asas Pengetahuan Agama Islam Tauhid, Fiqh & Akhlak
Islam itu datang dengan pakej yang lengkap. Secara ringkasnya, Islam itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Melalui tiga tunjang utama ini, Allah SWT memberi petunjuk, mengajar dan mendidik hamba-Nya tentang cara hidup yang sewajarnya dilalui oleh setiap Muslim.
Bermula dengan asas aqidah dan tauhid yang kukuh dalam mengimani rukun Islam dan iman, Islam terus memberikan panduan yang syumul mengenai hukum-hukum fiqah yang berkait rapat dengan ibadah, muamalat, jinayat, munakahat dan lain-lain. Akhirnya, Islam sempurnakan ajarannya dengan akhlak mulia dan sifat mahmudah yang mesti ada pada setiap Muslim.
Buku “Asas Pengetahuan Agama Islam” ini memuatkan perkara-perkara asas yang wajib diketahui, dihayati dan diamali oleh umat Islam. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Maknakan ‘Islam’ anda.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
- Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
- Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
- Meningkatkan kefahaman syariat Islam.
Maklumat Buku
- Penulis: Akhmal Hj. Mohd. Zain
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674392116
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 6 x 8
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar agama.
- Penuntut ilmu.
- Guru agama.
- Muslim yang ingin mendalami fiqh.