Fajar Pakeer
Artifak
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Artifak Oleh Maria Kajiwa
Artifak karya Maria Kajiwa membawa pembaca mengikuti kisah hubungan yang terjalin sejak kecil dan berkembang seiring peredaran masa. Kisah ini berpusat pada Kerajaan Lannathai. Semangat yang tidak terdidik oleh ketenangan tetapi hanya dilentur oleh sifat api. Apa sahaja yang melintas akan mati apabila tersentuh.” – SAMI TUA Sebuah artifak berharga dari zaman Kerajaan LannaThai menjadi rebutan pelbagai pihak. Justru itu sebagai
Sinopsis Novel Artifak
“Dhaw yang kamu hasilkan memang bagus dan bermutu tinggi tetapi sayang dhaw itu memiliki semangat yang jahat. Semangat yang tidak terdidik oleh ketenangan tetapi hanya dilentur oleh sifat api. Ia membunuh tanpa memilih. Apa sahaja yang melintas akan mati apabila tersentuh.” – SAMI TUA
Sebuah artifak berharga dari zaman Kerajaan LannaThai menjadi rebutan pelbagai pihak. Justru itu sebagai langkah berjaga-jaga, Khalid diminta sahabat lamanya Panji untuk membantu walaupun dia tahu, nyawa mereka menjadi taruhan.
Sayangnya, usaha mereka berdua terhalang. Mereka diserang dan diburu… kematian sudah berada di depan mata.
“Masalahnya sekarang… kalau aku serah pada kau orang, bagaimana dengan kami? Boolert pasti cari kami sampai ke lubang cacing.” – KHALID
Dalam kepayahan, Khalid berjaya melepaskan diri namun sejak itu dia pula yang menghadapi gangguan mistik dan diburu beberapa kumpulan penjahat. Dia dihantui orang yang sudah mati. Dia juga diculik dan diserang berulang kali.
Apakah rahsia sebenar artifak yang menjadi rebutan itu?
Mampukah nyawa Khalid diselamatkan atau tewas kepada sumpahan yang menunggu mangsa?
Ternyata artifak itu lebih daripada sekadar barang lama. Ada semangat mati yang menguasai. Ada keramat yang menghantui.
“Bukan anak murid namanya, kalau membunuh guru sendiri. Dhaw yang kamu hasilkan ini mempunyai syaitan. Ia akan membawa maut dan badi kepada setiap orang yang menyentuhnya.” – SHIN KUE NA
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat nilai kekeluargaan.
- Watak yang mudah dihayati.
- Menyentuh emosi pembaca.
Genre Novel Artifak
- Novel Melayu
- Kekeluargaan
- Seram
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat drama keluarga.
- Pembaca dewasa.
- Peminat kisah kehidupan.
Novel Berkaitan Maria Kajiwa
- Sakti Bunian
- Suara Tengah Malam
- Bramfield House Rumah Inggeris Bertiang Seri
- Kombo Oktober 2016
- Tameng Ghaib Maria Kajiwa Terbitan Mei 2025