• 9502
1

Fajar Pakeer

Apricus Oleh Adhara Syakil

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Apricus Oleh Adhara Syakil

Apricus karya Adhara Syakil membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Icarus. Eyes can tell you everything that the heart couldn’t speak. Sekian lama Heliena hidup bersembunyi dari dunia luar, kehadiran seorang jejaka membuatkan hati yang mati terasa bernyawa. Jikalau ditanya pada dia, lelaki itulah perkara terindah yang pernah berlaku

Sinopsis Novel Apricus

Eyes can tell you everything that the heart couldn’t speak.

Sekian lama Heliena hidup bersembunyi dari dunia luar, kehadiran seorang jejaka membuatkan hati yang mati terasa bernyawa. Jikalau ditanya pada dia, lelaki itulah perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Icarus... jejaka idaman semua orang. Lelaki yang kata orang tidak mampu digapai. Lelaki yang penuh dengan manisnya sehingga semua orang mampu mencair. Senyuman yang membuat hati yang lara tercuit tawa.

Heliena dan Icarus… Heliena sedar mereka bagaikan langit dengan bumi. Namun siapa sangka takdir merapatkan jurang yang tidak disangkakan wujud.

Makin Heliena menolak, Icarus menjadi magnet yang berlainan kutub untuk melekat dengan Heliena tanpa erti jemu.

“Saya lain daripada yang lain. Lihat saja matahari, bukan semua orang suka. Bahkan, matahari kelihatan sendirian di atas sana. Seperti saya.” - HELIENA

“Matahari itu terciptanya untuk seorang Icarus.” – ICARUS

Berkali-kali dia menolak, tetapi bukan namanya Icarus jikalau tidak licik membuat Heliena terpedaya. Ada saja idea nakalnya untuk buat Heliena rasa berbahang satu tubuh.

Namun, pesanan nenda dan ugutan ayah Icarus mengelirukan Heliena dengan perasaannya sendiri.

“Kamu tak boleh dekati dia, sayang. Ingat pesan nenda ni, his heart kills.” – NENDA

“Stay away from my son or I’ll make you regret!” - DAEDALUS

Cinta itu... Salah? Atau dia yang tidak layak bercinta?

Adakah benar dia ini pembawa malang?

Semakin dia mencari seseorang melindungi cintanya, semakin kuat racun dendam membunuhnya.

Tiada lagikah yang setia dalam merindu, seperti Apricus yang sentiasa memberikan sinarnya tanpa jemu, terbias cahaya cerah dan hangat melarutkan bayangan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Apricus

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.