• 3271
1

Fajar Pakeer

Andai Dia Jodohku

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Andai Dia Jodohku Oleh Mya Aryssa

Andai Dia Jodohku karya Mya Aryssa membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Zarul Zikuan. They are different person.” Muhd Zarul Zikuan dan Nur Airisya Balqiss, pertemuan yang sering membawa pergaduhan. Tapi bagi Zarul Zikuan, Balqiss mengingatkannya pada masa lalu. Dan bagi Balqiss, Zarul Zikuan pembawa malang. Inilah jadinya bila singa betina

Sinopsis Novel Andai Dia Jodohku

“She’s really like her…”
“But she’s not her. They are different person.”

Muhd Zarul Zikuan dan Nur Airisya Balqiss, pertemuan yang sering membawa pergaduhan. Tapi bagi Zarul Zikuan, Balqiss mengingatkannya pada masa lalu. Dan bagi Balqiss, Zarul Zikuan pembawa malang. Inilah jadinya bila singa betina jumpa orang gila dari planet aneh! Bumi yang jadi mangsa pergaduhan.

Mamat sengal, singa lapar atau macam-macam lagi gelaran diberi. Pergaduhan demi pergaduhan berlaku antara Zarul Zikuan dengan Balqiss, membuatkan kepala sahabat-sahabat mereka sendiri jadi pening.

Satu kejadian membuatkan mereka diikat. Membuatkan Zarul Zikuan jadi suami. Membuatkan Balqiss dibuang keluarga. Ikut membawa banyak perubahan dalam diri mereka. Adakah ikatan mereka diterima oleh orang-orang di sekeliling? Macam mana pula dengan perangai playboy Zarul Zikuan? Siapa pula Akma di masa lalu Zarul Zikuan? Dan bagaimana perasaan Balqiss apabila mendapat tahu dia hanyalah pengganti Akma dalam hati Zarul Zikuan kerana dia iras sekali dengan gadis itu?

“Awak kena sedar, Zarul. Saya yang kat depan awak ni Nur Airisya Balqiss bt Halim. Bukan masa lalu awak dan saya tak ada kena-mengena dengan masa lalu awak tu.”

Andai Dia Jodohku... Adakah mereka memang sudah dijodohkan? Kuatkah berhadapan dengan insan-insan yang berdendam dan tidak henti-henti menggoyahkan hati mereka? Mampukah Balqiss memenangi hati suami, mertua dan memenangi kembali hati kedua-dua orang tuanya? Atau, mungkinkah Balqiss akan kalah dengan bayang-bayang Akma yang selalu ada antara dia dengan Zarul Zikuan?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Andai Dia Jodohku

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.