• 2152
1

PTS

Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W.

Regular price
RM 4.00
Sale price
RM 4.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W.

Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W. ialah buku karya Zulkarnain Dollah yang diterbitkan oleh PTS. Buku ini membawa pembaca memahami sejarah dan perjalanan tokoh-tokoh Islam.

Sinopsis Buku Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya."(Al-Ahzab:21)

Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad. 

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.). Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah (S.A.W.) sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah sepanjang hari bermula dari bangun tidur hingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah S.A.W. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah bagi menambahkan rasa cinta kepada beliau.

Zulkarnaini bin Dollah adalah seorang pendidik di negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan peringkat Ijazah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin pada tahun 1999. Beliau juga berjaya memperoleh Diploma Pendidikan Universiti Malaya pada tahun 2001.


Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menambah pengetahuan sejarah Islam.
  • Mengambil pengajaran daripada kehidupan tokoh Islam.
  • Meningkatkan kecintaan terhadap agama.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Zulkarnain Dollah
  • Penerbit: PTS
  • ISBN: 97869675137709
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Peminat sejarah Islam.
  • Pembaca umum.