Must Read
Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi
- Regular price
- RM 19.90
- Sale price
- RM 19.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi
Sabda Rasulullah SAW "Aku tinggalkan kepada umatku dua perkara. Jika mereka berpegang teguh kepadanya maka mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan As-Sunnah"
Daripada beribu-ribu ayat yang terkandung di dalam Al-Quran, inilah satu-satunya ayat yang dinamakan Ayat Kursi. Ayat ini diturunkan selepas hijrah dan sejarah mencatatkan bahawa semasa turunnya ayat ini, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga gempar kerana adanya halangan dalam usaha mereka menyesatkan umat manusia. Bersamaan dengan kemuliaan dan kehebatan ayat ini, Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Barang siapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah SWT sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Sebagai tambahan kepada mereka yang beramal dengan bacaan Ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah SWT daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pengenalan dan keistimewaan Ayat Kursi
- Kemuliaan serta kehebatan Ayat Kursi dalam alQuran
- Sejarah penurunan dan penyebaran Ayat Kursi
- Kelebihan membaca dan mengamalkan Ayat Kursi
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang ingin memahami keistimewaan Ayat Kursi
- Individu yang mahu mengamalkan bacaan Ayat Kursi dalam kehidupan harian
- Pelajar dan peminat ilmu alQuran
- Keluarga yang mencari panduan amalan perlindungan rohani
Maklumat Buku
- Penulis: Khairul Ghazali
- Penerbit: Must Read
- ISBN: 9789675426124
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg