Al-Hidayah
Al-Mu'in Al-Mubin (Jilid 3 & Jilid 4)
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Al-Mu'in Al-Mubin (Jilid 3 & Jilid 4)
Al-Mu'in Al-Mubin (Jilid 3 & Jilid 4) ialah buku karya Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.
Sinopsis Buku Al-Mu'in Al-Mubin (Jilid 3 & Jilid 4)
Masyarakat Islam di Malaysia hari ini sudah mulai menyedari terhadap hukum-hukum agamanya yang mengenai ibadah itu hendaklah mempunyai sandaran-sandaran daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah supaya tiada lagi menjadi qurban bid’ah dan khurafat yang diada-adakan itu.Di atas kesedaran inilah, maka Ustaz Syarif Zaini Daud telah pun berusaha menghasilkan sebuah kitab yang telah diterjemahkan dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Malaysia (Tulisan Jawi) yang diberi tajuk Al-Mu’in Al- Mubin. Pengarang asal bagi kitab ini ialah Shahib AlFadhilah Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim. Kitab ini terbahagi kepada 4 jilid. Jilid 1 dan ke 2 telah pun dibukukan di dalam satu kitab dan telah pun berada di dalam pasaran. Manakala kitab yang berada di tangan pembaca ini adalah susulan daripada kitab tersebut yang mengandungi jilid ke 3 dan ke 4. Di antara kandungan jilid ke 3 adalah berkenaan : Kitab Mu’amalat (kerja-kerja Hidup), Kitab Umra dan Ruqba, Kitab Hibah-sedekah-Hadiah, Kitab Al-Wadi’ah (Barang Petaruhan), Kitab Luqatah, Kitab Ihya’ Al-Mawat, (Menghidupkan Bumi Yang Mati), Kitab Bai’ Al-Ikrah (Beli paksa), Kitab AI-Ghashab (Rampasan) Kitab Al-Washaya (Wasiat-Wasiat), Kitab Waqaf, Kitab Ath-Tha’am (Darihal Makanan), Kitab Udhiyyah (Penyembelihan) dan Ash-Shaid. Manakala jilid ke 4 pula membicarakan berkenaan: Kitab An-Nikah, Kitab Ath-Thalaq, Kitab Mut’ah, Kitab Khulu’ , Kitab IIa’, Kitab Zihar, Kitab Qazaf (Tuduhan), Kitab Li’an, Kitab khiyar (sebab-sebab khiyar Di dalam Nikah), Kitab `Iddah, Kitab Ruju’, Kitab Al-Hadhanah (Asuhan) dan Kitab Aqiqah. Dan sesungguhnya kitab ini asalnya adalah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman tanpa sebarang pindaan daripada teks asal agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat di dalam teks asal.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
- Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
- Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
- Meningkatkan kefahaman syariat Islam.
Maklumat Buku
- Penulis: Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830997070
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar agama.
- Penuntut ilmu.
- Guru agama.
- Muslim yang ingin mendalami fiqh.