• 2999
1

Alaf 21

Abah, Adik Nak Kahwin! Oleh Aireen Erina

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Abah, Adik Nak Kahwin! Oleh Aireen Erina

RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana, anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita?

Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang ‘angin kus-kus’ sering timbulkan sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi…

Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tak lut dengan godaan palsu.

Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu jadi intan payung di hati suaminya seorang.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan terdesak dan konflik selepas berkahwin
  • Perbezaan personaliti serta cabaran komunikasi suami isteri
  • Kesetiaan, cemburu dan kemunculan bekas kekasih
  • Manipulasi emosi, godaan palsu dan keganasan rumah tangga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat cerita kahwin paksa atau kahwin terdesak
  • Pembaca yang menyukai kisah konflik rumah tangga
  • Peminat drama cinta, cemburu dan orang ketiga

Maklumat Buku

  • Penulis: Aireen Erina
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9789831248522
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan