• 9556
1

Fajar Pakeer

Bidadari Tuan Elqar Oleh Nssya

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bidadari Tuan Elqar Oleh Nssya

Kerana dia bukan sekadar bidadari.

Satu jasad… namun dihuni dua jiwa. Satu melawan, satu menyimpan luka.

Di mata dunia, WD Medical Centre adalah pusat penyembuhan. Namun, di balik dinding putihnya, WD bukan sekadar tempat... ia adalah panggung kematian.

Segalanya bukan rawatan, tapi ilusi. Bukan penyembuhan, tapi penipuan.

“Aku abadi bersemadi di dalam tubuhmu wahai manusia!” —Santo Drago

Garis takdir mempertemukan Elqar semula dengan sang bidadari miliknya. Cinta kembali tumbuh saat dia melihat wanita itu terperangkap dalam ikatan yang tidak diingini.

“Aku sudah tiada daya untuk bertahan dalam bahtera pernikahan hanya mendatangkan mudarat.” —Eisya Elyyana

Mampukah Elqar bangkit dari bayang silam, membuktikan dirinya layak menggenggam semula cinta Eisya? Dia bukan datang dengan janji manis, tetapi dengan tekad membara untuk menebus segala luka.

“Ambil waktu seberapa lama engkau perlukan. Aku akan tetap di sini.” —Tuan Elqar Zuhayr

Demi sebuah kebenaran dan cinta sejati, Elqar sanggup melawan arus, menempuh fitnah dan pengkhianatan.

Cinta dan dendam kini berperang dalam satu tubuh. Yang mana harus menang? Yang mana harus dikorbankan?

Bagaimana pula dengan perjuangan Elqar menuntut keadilan di balik kematian sang ayah?

Dalam dunia penuh topeng, darah sendiri menjadi pengkhianat. Cinta yang suci berubah menjadi peluru pembunuh. Tapi jangan lupa... setiap dusta yang dibina, pasti akan runtuh kerana kebenaran itu, tak pernah mati.

“Ini bukan soal Hunter tapi soal harga diri seorang lelaki aku pertaruhkan.”

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta kedua, penebusan kesilapan dan penyembuhan luka lama
  • Perkahwinan toksik serta perjuangan membebaskan diri daripada ikatan yang memudaratkan
  • Konspirasi, penipuan dan eksperimen berbahaya di WD Medical Centre
  • Kematian misteri, dendam dan usaha menuntut keadilan untuk seorang ayah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik yang menggemari kisah cinta kedua dan penebusan
  • Peminat cerita perkahwinan toksik serta watak wanita yang memperjuangkan kebebasan
  • Pembaca thriller psikologi bertemakan identiti, dua jiwa dan konflik dalaman
  • Peminat kisah konspirasi perubatan, kematian misteri dan penipuan berbahaya

Maklumat Buku

  • Penulis: Nssya
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838223249
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan