• 9463
  • 9462
1

Al-Hidayah

Minhajul Abidin (Edisi Terbaru)

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Minhajul Abidin (Edisi Terbaru)

Buku ini adalah terjemahan daripada kitab yang berjudul “Minhajul ‘Abidin” nukilan Imam Al-Ghazali rahimahullah. Sesungguhnya buku ini amat bermakna dan sungguh istimewa. Khususnya bagi semua umat Islam yang mendambakan syurga Allah SWT. Huraian di dalam buku ini bertujuan memberi kesedaran kepada kita tentang matlamat sebenar hidup kita di dunia ini iaitu untuk memperhambakan diri kepada Allah SWT. Perhambaan yang sejati ini akan melahirkan insan kamil yang berakhlak mulia, yang tidak melakukan maksiat serta segala bentuk kemungkaran secara terang mahupun tersembunyi.

Buku ini juga dihiasi dengan segala persiapan yang perlu dimiliki oleh umat Islam untuk mencapai syurga Allah SWT. Syurga Allah merupakan anugerah terulung buat umat Islam yang taat dan patuh kepada segala suruhan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Sesuatu yang amat berharga itu sememangnya amat sukar dikecapi. Ia memerlukan pengorbanan, mujahadah dan pengabdian yang tulus kepada Allah SWT. Melalui buku ini juga, Imam Al-Ghazali mengajar kita agar mencintai akhirat serta bersifat zuhud terhadap dunia yang fana. Para pembaca yang dikasihi Allah akan dipimpin untuk menghindarkan segala sifat keji yang mungkin telah sebati dalam diri masing-masing serta menghadapkan diri hanya kepada Allah semata-mata.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Matlamat hidup sebagai hamba Allah SWT
  • Persiapan rohani untuk mencapai syurga
  • Mujahadah melawan hawa nafsu dan maksiat
  • Zuhud terhadap dunia dan kecintaan kepada akhirat

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Muslim yang ingin memperbaiki hubungan dengan Allah SWT
  • Pembaca yang mendambakan syurga dan kehidupan akhirat
  • Individu yang ingin melawan hawa nafsu serta meninggalkan maksiat
  • Pelajar dan pengkaji karya Imam AlGhazali

Maklumat Buku

  • Penulis: Imam Al-Ghazali
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674393939
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 7 x 10 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan