Al-Hidayah
Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy
Solat Tahajjud ini begitu istimewa sehingga disebutkan di dalam AI-Quran dan Hadis tentang kelebihannya. Nabi Muhammad S.A.W sangat menganjurkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat sunat ini sebagai solat tambahan kepada solat fardu. Mengapa? Sudah pasti ada misteri di sebaliknya. Banyak fadilat di sebalik amalan Solat tahajjud ini yang sudah pasti kita pernah dengar dan baca sebelum ini.
Buku ini menghadirkan kepada kita tentang bagaimana hebatnya Solat Tahajjud ini sehingga para sahabat Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sepanjang hayat mereka. Begitu hebat dan besarnya kuasa solat sunat yang ketika itulah, paling enak untuk manusia tidur melayan mimpi-mimpi indah dan menikmati kehangatan selimut tebal di atas tilam empuk berjenama terkenal. Adakah kita mahu terus menikmati keseronokan sementara yang berakhir apabila matahari mula terbit. Atau bangun berwuduk, bertahajjud, bersujud dan menadah tangan memohon doa, Ilahi agar dianugerahkan kenikmatan sebenar dan berkekalan di dunia dan akhirat.
Semoga buku yang penuh misteri ini menjadi pencetus agar kita, terus kuat dan jitu untuk bangun bertahajjud dan menikmati apa yang dinikmati para penghuni syurga dan kekasih Allah. Semoga segala amalan dan tahajjud kita diterima Allah S.W.T.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Keistimewaan dan fadilat Solat Tahajjud berdasarkan alQuran dan hadis
- Kepentingan Solat Tahajjud sebagai amalan sunat tambahan selepas solat fardu
- Teladan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam mengamalkan Solat Tahajjud
- Panduan membina kekuatan diri untuk bangun malam, berwuduk, bersolat dan berdoa
Buku Ini Sesuai Untuk
- Muslim yang ingin memahami kelebihan dan fadilat Solat Tahajjud
- Individu yang mahu membina rutin ibadah pada waktu malam
- Pembaca yang sedang berusaha meningkatkan hubungan dengan Allah SWT
- Golongan yang mencari motivasi untuk istiqamah dalam amalan sunat
Maklumat Buku
- Penulis: Djamaluddin Ahmad Al-Bunni
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789670267357
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 x 8 inci
- Berat: 0.3 kg