Nafiela Books
Bercakap Dengan Jin Jilid 1 Oleh Tamar Jalis
- Regular price
- RM 25.80
- Sale price
- RM 25.80
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Bercakap Dengan Jin Jilid 1 Oleh Tamar Jalis
Kerana sering mendampingi datuknya di mana-mana, secara senyap-senyap Tamar Jalis (TJ) mengutip dan menghimpun pengalaman, lalu diabadikan dalam Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) yang berjaya memukau ribuan pencinta kisah seram.
Kini, TJ muncul kembali bersama siri buku-buku SBDJ. Bukan hasrat TJ mengajak pembaca mempercayai perkara-perkara tahyul. Tetapi, sekelumit pengalaman bersama datuk meyakinkan, bahawa sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal manusia akan berlaku sekiranya diizinkan oleh Allah.
Mungkin ada yang berpendapat SBDJ sebuah dongeng di zaman moden yang sengaja diadda-adakan. Mungkin ada yang tidak beranggapan sedemikian. Walau apa pun terpulanglah kepada diri masing-masing.
Sesungguhnya syaitan dan iblis telah wujud lebih awal dari manusia dan berazam untuk menjahanamkan anak Adam. Kerana manusia itu makhluk Allah yang teristimewa, Allah memberikan kekuatan kepada manusia untuk menghalang perbuatan syaitan dan iblis terhadap manusia dengan kekuatan iman dan takwa.
Tanpa iman dan takwa, manusia akan jadi hamba syaitan dan iblis. Inilah gambaran yang dijalin oleh TJ dalam SBDJ yang secara tidak langsung mengajak pembaca berfikir untuk mencari sesuatu yang baik agar menjadi manusia sempurna mengkagumi dan menghayati kebesaran Allah.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pengalaman mistik dan perkara ghaib
- Jin, syaitan dan iblis
- Pengembaraan serta pengalaman bersama datuk
- Hubungan iman dan takwa dalam menghadapi gangguan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Peminat kisah seram dan misteri Melayu
- Pembaca yang berminat dengan pengalaman alam ghaib
- Peminat karya Tamar Jalis dan siri Bercakap Dengan Jin
- Pembaca dewasa yang menggemari kisah berunsur keagamaan
Maklumat Buku
- Penulis: Tamar Jalis
- Penerbit: Nafiela Books
- ISBN: 9789671054802
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg