Jejak Tarbiah
Sirajan Munira
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Sirajan Munira
Sudah tercatat dalam lembaran sirah, bahawa al-Quran berjaya melahirkan generasi manusia yang berkeperibadian mulia, iaitu para sahabat r.a.. Keteguhan prinsip, ketakwaan serta budi pekerti mereka cukup disegani sehingga masa kini. Namun, mengapa kita yang turut membaca kitab yang sama - tidak berupaya meneladani mereka?
Barangkali situasi ini berlaku kerana pembacaan sirah kini hanya berlegar sekitar pengetahuan tentang peristiwa yang berlaku, lokasi ia terjadi dan sesiapa yang terbabit. Sedangkan salah satu tujuan daripada pembelajaran sirah adalah untuk memahami proses pendidikan wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan generasi para sahabat.
Sirajan Munira digarap dengan tujuan untuk membantu para pembaca memahami kepentingan melihat sirah sebagai "tafsiran" kepada al-Quran. Kronologi sirah di dalam buku ini membawa perspektif segar terhadap hubungan antara al-Quran dengan kehidupan yang boleh dijadikan ibrah agar kita tidak hanya meneliti al-Quran, malah turut berinteraksi dengan sirah hidup Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Hubungan antara alQuran dengan sirah Rasulullah SAW
- Pendidikan wahyu dalam pembentukan keperibadian manusia
- Keteladanan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a.
- Keteguhan prinsip, ketakwaan dan akhlak mulia
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang ingin memahami sirah Rasulullah SAW dengan perspektif yang lebih mendalam
- Pelajar dan pengajar bidang alQuran, hadis serta sirah
- Individu yang ingin meneladani akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat
- Pembaca yang mahu menghubungkan kefahaman alQuran dengan kehidupan seharian
Maklumat Buku
- Penulis: Syaari AB Rahman
- Penerbit: Jejak Tarbiah
- ISBN: 9786297561103
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg