PTS
Uthman Affan : Pengumpul Al-Quran
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Uthman Affan : Pengumpul Al-Quran
Uthman Affan mendapat gelaran Zin Nurain yang ertinya memiliki dua cahaya kerana Rasulullah sudah mengahwinkannya dua orang puterinya iaitu Ruqayah dan kemudiannya Ummu Kalthum selepas Ruqayah meninggal dunia.
Uthman Affan antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Beliau terkenal dengan silat lemah lembut, pemalu dan berbudi pekerti mulia.
Rasulullah pernah berkata, “Saya memohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorang pun yang pernah menjadi menantuku ataupun menjadi mentuaku dimasukkan ke dalam neraka.”
Beliau berkata lagi,"Tiap-tiap nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam syurga."
Ramai berpendapat punca kekecohan yang berlaku pada masa pemerintahan Khalifah Uthman Affan adalah kerana campur tangan keluarga Bani Umaiyah dalam urusan pentadbiran negara.Contohnya beliau melantik Marwan al-Hakam menjadi setiausahanya. Kemudian memecat Amru al-Ash sebagai Gabenor Mesir digantikan dengan Abdullah bin Saad. Beliau juga dikatakan mengutamakan keluarga sendiri.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah Khalifah Uthman Affan, novel ini merupakan pilihan terbaik untuk anda. Selamat membaca!
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kehidupan dan keperibadian Saidina Uthman bin Affan
- Pengumpulan, penyusunan dan penyelarasan mushaf alQuran
- Keutamaan Uthman bin Affan sebagai sahabat Rasulullah SAW
- Pemerintahan Uthman bin Affan sebagai khalifah ketiga
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pelajar sekolah yang mempelajari sirah sahabat dan sejarah Islam
- Pembaca yang ingin mengenali tokoh Khulafa ArRasyidin
- Ibu bapa yang mencari bahan bacaan Islamik untuk anakanak
- Guru dan pendidik subjek Pendidikan Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Abdul Latip bin Talib
- Penerbit: PTS
- ISBN: 9789833892310
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg