• 8972
1

Al-Hidayah

Ingin Mimpi Jumpa Nabi SAW

Regular price
RM 6.00
Sale price
RM 6.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ingin Mimpi Jumpa Nabi SAW

Bagi orang Mu’min, tiada siapa yang tidak cintakan Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Cinta kepada beliau bukanlah menerusi semata-mata kecantikan wajahnya yang memang melebihi wajah orang-orang sezaman beliau sampai Hari Kiamat – sebab beliau adalah pilihan Allah daripada semua segi: ruhani dan jasmani; tetapi cinta kepada beliau adalah benar-benar didorong oleh pengenalan batin atau saluran keruhanian di mana beliau adalah Penghulu sekalian Nabi dan Rasul: dan beliau memiliki akhlak-akhlak yang tinggi sebagaimana yang dilakui Al-Qur’an dan Al Hadis sendiri.

Allah Yang Maha Bijaksana yang telah menjadikan mimpi sebagai suatu peristiwa yang berlaku pada manusia sejak Nabi Adam ‘a.s. lagi, adalah dengan kehendak dan kemurahanNya, membuatkan kita dapat mengenali para NabiNya dengan jelas dan terang. sekalipun mereka telah lama wafat tanpa meninggalkan gambar. lukisan atau ukiran.

Akan tetapi tidak semua manusia dapat bermimpi dan berdialog dengan para Nabi ‘alaihimushshalaatu wassalam: sebab semuanya ini adalah menurut kehendak Allah S.A.W. sendiri yang menentukan.

Mujurlah dalam peninggalan Al-Hadith dan perbendaharaan buku Islam, masih terdapat segelintar usaha dan bacaan untuk memohon pada Allah agar Dia memberikan mimpi kepada peminat-peminatnya bagi memperoleh kebertuahan hidup: mengenali kekasih Allah dan cara hidupnya yang membuahkan kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Penghulu sekalian Nabi dan Rasul
  • Keutamaan dan kemuliaan akhlak Rasulullah SAW
  • Mimpi bertemu dan berdialog dengan para Nabi
  • Peranan mimpi dalam pengenalan kerohanian terhadap para Nabi

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Peminat sirah dan keperibadian Rasulullah SAW
  • Individu yang ingin mendalami cinta kepada Nabi Muhammad SAW
  • Pembaca yang berminat dengan mimpi dan pengalaman kerohanian Islam
  • Pelajar serta pengkaji hadis, sirah dan tasawuf

Maklumat Buku

  • Penulis: Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789830990293
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 4 x 6 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan