• 7960
1

Al-Hidayah

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Sesat

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah Sesat

SEORANG ulama yang bertaraf mujaddid (pembaharu) ialah Syeikhul Islam Taqiyyuddin Abul ‘Abbas Ibnu Taimiyyah Al-Harrani Ad-Dimasyqi Al-Hambali. Syeikhul Islam lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga mulia yang diberkati, yang sarat dengan ilmu dan keutamaan.Seiring dengan kemasyhuran beliau dalam ilmu dan fiqh, Allah SWT, menganugerahkan pula kepada beliau pelbagai sifat terpuji, sehingga beliau dikenali bahkan disaksikan oleh manusia tentang keadaan ini.

Ketika mana beliau sukar untuk memahami sesuatu ayat, beliau terus sujud dan memohon pertolongan dari Allah SWT. Beliau seorang yang sangat tunduk dan tawaduk mentaati perintah Allah SWT, dan sering merendahkan dirinya di hadapan Allah SWT.

Beliau adalah seorang tokoh ulama yang telah muncul pada abad ke-13 dan ke-14. Beliau merupakan seorang pakar dalam perincian fiqh, ijma’ dan ikhtilaf dengan pelbagai hujahnya sehingga orang ramai rasa takjub ketika beliau menyebut tentang masalah-masalah khilaf.

Namun, segelintir masyarakat berasa dengki dan tidak puas hati dengan beliau lalu membuat tuduhan terhadap beliau. Mereka mengatakan bahawa Ibnu Taimiyyah telah menjisimkan Allah SWT. Pelbagai ujian yang beliau tempuhi sehingga digelar seorang yang sesat. Oleh itu bagi mengetahui dengan lebih dekat siapa dia Ibnu Taimiyyah, mari kita baca dengan fikiran yang lebih terbuka. Semoga kita terhindar daripada segala fitnah terhadap pewaris para nabi.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Biografi dan latar belakang kehidupan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah
  • Keilmuan Ibn Taimiyyah dalam fiqh, ijmak dan khilaf
  • Ketakwaan, tawaduk dan keperibadian Ibn Taimiyyah
  • Tuduhan menjisimkan Allah dan polemik akidah terhadap beliau

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pelajar dan pengkaji sejarah ulama Islam
  • Pembaca yang ingin mengenali Ibn Taimiyyah dengan lebih dekat
  • Guru, pendakwah dan pengajar subjek agama
  • Individu yang berminat dengan ilmu fiqh dan akidah

Maklumat Buku

  • Penulis: Syeikh Abd Rahman Dimasyiqiyyah
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674392253
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan