• 8404
  • 8403
1

Suara Hati Publication

Zia Ulhaq Oleh Erhad

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Zia Ulhaq Oleh Erhad

Pertemuan antara dua pasang mata di Kota Beijing membuatkan hati Zia UlHaq panasaran. Jika bukan kerana gadis itu, nyawanya pasti melayang di tangan sang pembelot. Baginya, gadis itu sedikit berbeza. Ada sesuatu yang menariknya untuk terus mendekati si gadis sehingga sanggup dia meninggalkan segalanya di China dan menetap di Malaysia. Hanya semata-mata kerana Zara Sophea.

“Kalau aku cakap aku orang jahat?” - Zia.

“Then, cubalah berubah jadi baik. Sebab manusia yang baik hari ini, belum tentu dia tak ada masa silam, dan belum tentu orang yang berdosa hari ini tak ada masa depan.” - Zara

Dihimpit dengan kejadian pada masa silam, membuatkan Zara Sophea bertekad untuk mencari sang pelaku. Namun, pada ketika dia sudah hampir berputus asa mencari, tanpa diduga takdir sendiri telah membawa si pembunuh itu dekat dengannya.

Zara mula berbelah bahagi. Entah kenapa dia tidak boleh membenci lelaki itu.

“Dan Zia UlHaq, nama awak dah lama meniti dalam hati ini. Bukan niat saya nak sakitkan hati awak dengan menuduh awak sebagai seorang pembunuh…. Saya cuma nak awak sakit hati seperti mana saya rasa. But actually it hurts me too….”-Zara Sophea

Kerana cinta Zia UlHaq sanggup melepaskan semuanya….

Kerana cinta, Zara sanggup melupakan dendamnya….

Namun, dapatkah cinta mereka melawan segala ancaman yang datang? Dan… benarkah Zara benar-benar memaafkan si pembunuh yang telah meragut seluruh hidupnya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta antara dua insan dengan latar belakang dan masa silam yang berbeza
  • Dendam serta pencarian kebenaran tentang sebuah pembunuhan
  • Konflik moral apabila orang yang dicintai didakwa sebagai pembunuh
  • Penebusan dosa dan usaha berubah daripada kejahatan kepada kebaikan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Melayu
  • Peminat kisah romantik dengan unsur misteri dan jenayah
  • Pembaca yang menyukai watak lelaki berbahaya dengan masa silam
  • Peminat cerita tentang dendam, penebusan dan pengampunan

Maklumat Buku

  • Penulis: Erhad
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789672300434
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan