Idea Kreatif
Mi Querida Oleh Hudanajwa
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Mi Querida Oleh Hudanajwa
Tengku Daniel Louis - Lelaki tinggi lampai yang tidak pernah serius tentang semua perkara. Dia hidup dengan jenaka, kekacauan dan dunia yang penuh bahaya di bawah nama Holy Dragon. Dia dikenali sebagai orang yang paling sukar untuk jatuh cinta tetapi segalanya berubah apabila ditemukan dengan seorang gadis yang percaya bahawa dirinya hanyalah kesilapan dunia.
Erla Diana - Gadis yang dilabelkan sebagai anak luar nikah dan tidak diingini oleh semua orang tetapi tidak bagi Tengku Daniel. Tanpa sebarang alasan, lelaki itu hanya memilih Diana.
Pertemuan antara mereka sedikit demi sedikit mengubah hidup Diana. Dari seorang gadis yang hidup seperti robot, dunianya tiba-tiba menjadi lebih bising dan lebih emosional. Semuanya disebabkan seorang bos yang suka menaikkan darahnya.
“Jadi, kalau Tengku Adrean tu ice… bos ni apa?” - Erla Diana
“I’m the fire...” - Tengku Daniel Louis
“Bos ni bukan fire. Bos ni… gas. Banyak bunyi, banyak angin.” - Erla Diana
“Wow. You’re getting brave.” - Tengku Daniel Louis
“Bos suruh saya stay honest. Inilah diri saya yang sebenar.” - Erla Diana
Tanpa mereka sedari, setiap pertengkaran kecil dan sindiran tajam, tumbuh satu rasa yang lebih dalam daripada sekadar hubungan bos dan pekerja.
Malah Diana sendiri tidak sedar bahawa lelaki yang selalu dia kutuk itu perlahan-lahan mula mengubah dunianya.
“Dasar bapak hantu. First time tengok macam boleh pakai, bila tengok hari-hari dah macam sakai je perangainya,” - Erla Diana.
Bagi Tengku Daniel, memilih Diana mungkin akan membawa mereka ke kancah bahaya. Dalam dunia yang penuh musuh, bayang-bayang kejahatan akan sentiasa mengintai dan dalam dunia Tengku Daniel Louis, cinta bukan sekadar perasaan. Ia adalah sesuatu yang perlu dilindungi walaupun dia terpaksa melawan seluruh dunia.
Mungkin bagi orang lain, cinta akan menjadikan seseorang itu lemah. Tapi bagi Tengku Daniel, cinta menjadikan dia lebih bahaya apabila musuh mula menghampiri orang yang dia sayang.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Percintaan antara bos dan pekerja
- Hubungan benci menjadi cinta melalui pertengkaran dan gurauan
- Penerimaan diri serta stigma sebagai anak luar nikah
- Penyembuhan emosi dan pembinaan semula keyakinan diri
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Peminat kisah bos dan pekerja
- Pembaca yang gemar trope benci menjadi cinta
- Peminat watak lelaki pelindung dalam dunia berbahaya
Maklumat Buku
- Penulis: Hudanajwa
- Penerbit: Idea Kreatif
- ISBN: BBO-6762
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg