• 8159
1

Fajar Pakeer

Durjana Dari Neraka Oleh Nana Amera

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Durjana Dari Neraka Oleh Nana Amera

Adakah ini balasan untuknya kerana sesuka hati melantik diri sebagai malaikat maut ciptaannya sendiri?

Anna Evelyn tanpa sengaja menjerumuskan diri ke lembah neraka bersama Ash Diego. Walaupun dia beranggapan kasih seorang durjana itu wujud, namun itu tidak dapat menyelamatkan dirinya dari jatuh cinta.

Neraka yang dicipta si durjana menjadi syurga buatnya. Kekeliruan menyelubungi Evelyn sepanjang berada dalam genggaman Devils. Perasaannya berantakan dan emosinya tidak terkawal. Dia inginkan keluarganya namun dalam masa yang sama, dia tidak mampu untuk menolak aura seorang Diego.

Dunia gelap tidaklah seindah kisah dongeng yang diinginkan oleh Evelyn, namun itulah hakikat yang perlu disave otaknya bahawa untuk memiliki jiwa Diego, dia perlu melalui lorong yang kelam. Pembunuhan, persaingan, kongsi gelap… semuanya terbentang di depan mata, sekali gus membawa Evelyn ke perjalanan yang mengancam nyawanya.

“Aku janji kalau diri ini sakiti kau, aku rela jadikan nyawa aku sebagai galang ganti.” – ASH DIEGO

Mampukah Evelyn lari daripada cengkaman si durjana yang penuh dengan kesakitan dan hasad dengki para pendendam? Adakah perasaan tulus itu sudah cukup untuk memberi kebahagiaan hingga ke hujung nyawa?

“Kalau dengan membunuh aku bermaksud lepaskan aku. Maka, lakukanlah.” - ANNA EVELYN

Kisah seorang Diego dan Evelyn mungkin kelihatan sedih dan sweet, namun ada kenyataan yang diiringi limpahan darah dan suara rayuan merobek pilu penuh kesengsaraan. Hidup atau mati, dalam neraka ciptaan durjana, hanya yang terpilih akan bertahan.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta berbahaya antara Anna Evelyn dan Ash Diego
  • Dunia kongsi gelap, pembunuhan dan persaingan kuasa
  • Konflik emosi antara cinta, keluarga dan kebebasan
  • Pengorbanan, kesetiaan dan janji dalam hubungan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik gelap dan hubungan penuh konflik
  • Peminat kisah cinta antara wanita biasa dengan lelaki berbahaya
  • Pembaca yang suka elemen kongsi gelap, pembunuhan dan dunia jenayah
  • Peminat jalan cerita sarat emosi, pengorbanan dan dilema cinta

Maklumat Buku

  • Penulis: Nana Amera
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838220934
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan