Al-Hidayah
Indahnya Sebuah Perkahwinan Menurut Al-Quran & Al Sunnah (Kulit Keras)
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Indahnya Sebuah Perkahwinan Menurut Al-Quran & Al Sunnah (Kulit Keras)
Perkahwinan adalah satu fasa yang amat penting dalam kehidupan manusia. Dari sinilah bermula kesimbungan zuriat atau waris yang benar dan sah. Maka la tidak boleh dianggap perkara mudah dan ringan kerana ia melibatkan generasi yang akan dibangunkan. Untuk itu Islam amat menekankan betapa pentingnya pengertian sebuah perkahwinan, proses kehidupan dan tanggungjawab suami, isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Persediaan dari segi fizikal, emosi dan spiritual perlu diperlengkapkan secukupnya. Bukan hanya persediaan material pada hari pernikahan dan persandingan. Kerana persediaan yang paling utama adalah untuk mengharungi perkongsian hidup sepanjang hayat. Persediaan dalam membangunkan generasi yang akan meneruskan kesinambungan agama dan keturunan.
Rujukan utamanya Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Kedua-dua rujukan ini adalah yang paling lengkap dalam mendirikan dan mengukuhkan sebuah kehidupan berumahtangga. Lebih-lebih lagi sekarang, cabaran kehidupan berkeluarga begitu hebat dan mencabar. Dengan pelbagai dugaan dan bebanan. Perlukan persediaan emosi, pemikiran, pengetahuan dan spiritual yang kukuh untuk mengharungi kehidupan berkeluarga. Maka buku ini amat sesuai untuk setiap pasangan sama ada yang ingin mendirikan rumahtangga atau yang sudah berumahtangga. Hadiahkan ilmu berharga ini kepada mereka yang ingin istana kebahagiaan itu.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Persediaan fizikal, emosi dan spiritual sebelum berkahwin
- Konsep dan tujuan perkahwinan menurut AlQuran dan AlSunnah
- Tanggungjawab suami, isteri, anakanak dan ahli keluarga
- Cabaran kehidupan berumah tangga serta cara menghadapinya
Buku Ini Sesuai Untuk
- Individu yang merancang untuk mendirikan rumah tangga
- Pasangan yang bakal berkahwin
- Suami dan isteri yang ingin memperkukuh hubungan rumah tangga
- Ibu bapa yang mahu membina keluarga berteraskan Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Mahmud bin Al-Jamil
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673681662
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg