Al-Hidayah
Pengurusan Jenazah
- Regular price
- RM 4.50
- Sale price
- RM 4.50
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Pengurusan Jenazah
Sesungguhnya dan Allah kita datang dan kepada Nya juga kita akan kembali.”
Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Dalam Islam, urusan menguruskan jenazah adalah Fardu Kifayah. Waris terdekat kepada si mati adalah orang yang paling afdal untuk menguruskan jenazah beliau. Namun kini, perkara tentang pengurusan jenazah ini diserahkan secara totalnya kepada pihak lain. Bahkan ilmu atau pengetahuan bagaimana dan apa yang perlu untuk pengurusan jenazah semakin dipandang ringan oleh semua. Kepentingan dan keutamaan tentang pengetahuan dalam pengurusan jenazah dianggap tidak penting dan utama. Pemikiran seperti ini adalah silap dan perlu diperbetulkan.
Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kita untuk mengetahui dan mempelajari ilmu tentang pengurusan jenazah ini. Ini amat penting kerana pengurusan jenazah bukan sahaja tanggungjawab pihak tertentu sahaja. Tetapi ia merupakon tanggungjawab seluruh umat Islam terhadap saudara terdekat seperti ibu bapa, anak dan adik beradik mereka. Setidak-tidaknya kita mempunyai sedikit ilmu dalam menguruskan jenazah agar segala perjalanan pengendalian ini berjalan lancar dan teratur. Dengan pengetahuan yang ada juga dapat mengelakkan kita daripada panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan situosi adanya kematian di kalangan ahli keluarga.
Begitulah apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini. Ilmu dn persediaan untuk pengurusan jenazah dihuraikan secara mudah dan berperingkat. Semoga ilmu tersebut dapat dimanfaatkan serta mendapat keberkatan Allah swt.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kepentingan mempelajari ilmu pengurusan jenazah
- Tanggungjawab waris dan umat Islam terhadap jenazah
- Persediaan menghadapi kematian ahli keluarga
- Panduan asas menguruskan jenazah secara teratur
Buku Ini Sesuai Untuk
- Waris dan ahli keluarga yang ingin bersedia menghadapi kematian
- Pelajar dan penuntut ilmu agama Islam
- Pengurus jenazah dan sukarelawan masjid
- Guru, pendidik serta penggerak komuniti Islam
Maklumat Buku
- Penulis: Syeikh Abdullah Bin Abdurrahman Al-Jibrin
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789674391652
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg