• 9583
1

Semesta Publication

Sisakan Aku Cinta Oleh Sofia Roses

Regular price
RM 39.00
Sale price
RM 39.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Sisakan Aku Cinta Oleh Sofia Roses

Naura Amani- dia menghidap penyakit langka yang tiada penawarnya. Malam-malamnya dihantui mimpi ngeri seolah-olah dia pernah menjadi mangsa uji kaji manusia yang penuh dengan kekejaman. Di usia 25 tahun, dia menjalani pembedahan yang membawanya kepada koma yang lama. Sedar sahaja dari koma itu, hidupnya mula porak-peranda.

Ayahnya yang merupakan ahli politik tiba-tiba dipenjara, dan seorang lelaki yang pernah menjadi musuhnya di zaman sekolah tiba-tiba muncul kembali dan mengaku sebagai suaminya. "Aku tak anggap perkahwinan ni suatu permainan.

Di saat aku lafaz akad, aku sudah berjanji di hadapan ayah kau, di hadapan Allah untuk menjaga kau." -Rasyad Aryan

Namun siapa sangka, hidup mereka sebenarnya telah terikat lama dengan satu organisasi Rahsia, D' Fortia yang pernah disertai bapa mereka suatu ketika dahulu.

"Human experimentation. These. Are madness!"-Ahmad Rizal

Apakah rahsia di sebalik D' Fortia dan apakah kaitannya dengan kehancuran hidup mereka?

Adakah mereka akan saling menyembuhkan atau pada akhirnya, mereka akan saling menghancurkan?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan perkahwinan rahsia antara bekas musuh
  • Penyakit langka, pembedahan dan koma yang berpanjangan
  • Trauma, mimpi ngeri dan usaha mencari semula identiti diri
  • Organisasi rahsia D’ Fortia serta eksperimen manusia

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik dengan konflik hubungan yang kompleks
  • Peminat kisah enemiestolovers dan perkahwinan terpaksa
  • Pembaca yang menyukai elemen misteri, konspirasi dan organisasi rahsia
  • Peminat cerita berkaitan eksperimen manusia, penyakit misteri dan trauma

Maklumat Buku

  • Penulis: Sofia Roses
  • Penerbit: Semesta Publication
  • ISBN: BBO-6722
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan