• 8395
1

Fajar Pakeer

Kenanga Nan Berdarah

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kenanga Nan Berdarah

Jangan diseru si ‘dia’. Jika diseru si ‘dia’ akan datang melawat. Si ‘dia’ akan menyapa dan seterusnya… si ‘dia’ akan menjelma.

Inilah yang sering dielak oleh pelajar di sekolah Seri Ratu. Mereka langsung tidak mahu si ‘dia’ datang berkunjung ke dorm kerana jika tidak sesuatu yang ngeri akan berlaku.

Seboleh-bolehnya mereka cuba mengelak bertemu kecuali seseorang....

“Kau kan bijaksana, Jojo! Kau carilah sendiri siapa ‘dia’ tu. Maaf kami tak boleh seru nanti dia datang melawat kami pula. Kalau dia dah datang melawat, maka akan terjadilah perkara sebagaimana kau alami kini.” - RAMONA

Jojo seringkali diganggu oleh kelibat gadis-gadis yang berkebaya ketat setiap kali waktu prep habis, sedangkan di sekolah itu memang diharamkan memakai kebaya.

Kau kena lepaskan aku. Kau tidak boleh terus memerangkap aku di dalam tubuhmu. Aku sudah tahu cerita sebenarnya dan aku berjanji akan menolongmu. Tolong lepaskan aku ke zaman aku semula. – JOJO

Dapatkah Jojo merungkaikan misteri Sekolah Seri Ratu yang sering dikunjungi oleh gadis berkebaya merah?

Apa sebenarnya yang gadis itu mahukan daripada Jojo sehingga begitu diminatinya dan sering dikunjungi oleh si ‘dia’?

Tidak akan tamat serpihan dendam, selagi nadiku dihempas luka berdarah hatta jiwaku akan terus mengikat mati.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Misteri dan gangguan paranormal di sekolah berasrama
  • Kemunculan roh gadis berkebaya merah
  • Dendam berdarah dan rahsia masa lalu
  • Penyiasatan Jojo untuk merungkai misteri Sekolah Seri Ratu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Peminat novel seram dan kisah paranormal
  • Remaja yang menggemari cerita misteri di sekolah berasrama
  • Pembaca yang menyukai kisah roh, kerasukan dan dendam
  • Peminat plot penyiasatan dengan rahsia masa lalu

Maklumat Buku

  • Penulis: Eb Reeza
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221153
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan