• 1326
1

Alaf 21

Rahsia Mimpi Oleh Zaifuzaman Ahmad

Regular price
RM 17.00
Sale price
RM 17.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Rahsia Mimpi Oleh Zaifuzaman Ahmad

Antara alam realiti dan fantasi, Amri menjadi keliru. Keliru kerana mimpi misteri yang dialaminya dan keliru dengan kehadiran perempuan yang berambut panjang, berwajah pucat, tiada bola mata hitam dan di pergelangan tangannya terdapat lelehan darah yang pekat pada setiap malam.

Sejak membeli tilam terpakai di sebuah kedai perabot, Amri sering bermimpikan Amran, Ariana, Encik Firdaus dan Puan Rohaya. Tanpa diduga mimpi demi mimpi yang dialaminya itu telah mengungkapkan satu cerita percintaan antara Amran dan Ariana. Percintaan yang ikhlas yang lahir daripada hati dua insan ini mendapat tentangan daripada Puan Rohaya.

Setiap kali ingin melelapkan mata atau terjaga daripada lena, Amri diganggu oleh lembaga perempuan yang amat menakutkan. Amri menjadi separuh gila dengan kehadiran lembaga yang tidak diundang yang sering muncul dari dalam tilam. Dihalau ia tetap datang. Yang menghairankan mengapa dia yang sering diganggu, mengapa tidak isterinya. Jadi, apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada Amri? Apakah kaitannya antara mimpi dengan kehadiran lembaga perempuan itu?

Mimpi misteri yang mengendong perjalanan percintaan Amran dengan Ariana telah membuka ruang kepada Amri untuk mengetahui rahsia di sebalik tilam yang mengalas tubuh Amri dan isterinya pada setiap malam.

Siapa sebenarnya lembaga perempuan yang menakutkan itu? Mengapa Amri yang menjadi mangsanya? RAHSIA MIMPI yang penuh saspens dan mendebarkan akan membongkar segala-galanya.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Mimpi misteri antara alam realiti dan fantasi
  • Gangguan lembaga perempuan yang menyeramkan
  • Rahsia tilam terpakai dan kaitannya dengan kejadian ghaib
  • Kisah percintaan Amran dan Ariana yang mendapat tentangan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang meminati novel seram dan kisah hantu
  • Peminat cerita misteri berunsur paranormal
  • Pembaca yang menyukai plot penuh saspens dan kejutan
  • Peminat kisah percintaan yang diselubungi konflik keluarga

Maklumat Buku

  • Penulis: Zaifuzaman Ahmad
  • Penerbit: Alaf 21
  • ISBN: 9678602598
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan