Idea Kreatif
The King's Romance Oleh Wnfhanna
- Regular price
- RM 36.00
- Sale price
- RM 36.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis The King's Romance Oleh Wnfhanna
Adriel Shah dan Alara Sophia...
Permulaan cerita mereka, saling menuduh dan saling menyalahkan.
"Tah-tah... kau yang sebenarnya nak apa-apakan aku? Sebab tu kau pura-pura tidur, supaya senang nak perangkap aku kan?" —Adriel
"Ww... what?! Awak siapa nak tuduh saya macam tu? Dari saya perangkap awak, baik saya perangkap anak raja. Boleh saya kahwin terus dengan anak raja." —Alara
Demi menjaga maruah dan campur tangan keluarga, mereka terpaksa bersetuju untuk terikat sebagai suami isteri. Tapi rumah tangga mereka ada banyak peraturan.
"Kau tanya apa? Kau ni memang susah nak dengar kata ke? Aku dah pesan kan, jangan langgar peraturan!" —Adriel
“Awak tak perlu nak remind saya banyak kali lah! Saya takkan langgar peraturan. Lain lah awak, hari ni aje dah berapa kali awak langgar peraturan." —Alara
Peraturan yang mereka sendiri tetapkan sering menjadi topik pergaduhan. Tak boleh langgar sempadan...
Tak boleh pegang-pegang...
Tak boleh mencampuri urusan kerja...
Pendek kata, banyak yang tak boleh. Tapi sampai bila? Adakah peraturan itu akan bertahan? Atau dibubarkan dalam perkahwinan mereka?
"Satu benda kau kena ingat Alara, aku ni suami kau. Aku ada hak ke atas diri kau. Dan kau jangan lupa juga peraturan aku... kau dilarang untuk menimbulkan kemarahan aku. Tapi... kau degil. Kau suka buat aku marah..." —Adriel
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Perkahwinan terpaksa demi menjaga maruah dan memenuhi kehendak keluarga
- Hubungan enemiestolovers antara Adriel Shah dan Alara Sophia
- Konflik rumah tangga akibat ego, salah faham dan saling menuduh
- Peraturan, sempadan dan batas dalam perkahwinan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
- Peminat kisah kahwin paksa dan perkahwinan aturan keluarga
- Pembaca yang suka dinamik pasangan sering bergaduh tetapi saling menyayangi
- Peminat watak lelaki tegas dan wanita berani melawan
Maklumat Buku
- Penulis: Wnfhanna
- Penerbit: Idea Kreatif
- ISBN: 9789672803737
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg