• 8526
1

Karyaseni

Split Oleh Nurul Ain Syuhada

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Split Oleh Nurul Ain Syuhada

MARYAM, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan… Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama!

“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” – MIKAEL

“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.” – MARYAM

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

“Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez.” – HAFEZ

“Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.” – MARYAM

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? Dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM?

Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah cinta Maryam dan Mikael yang berkembang daripada perkenalan tidak sengaja kepada alam perkahwinan.
  • Misteri identiti Mikael serta kemunculan pelbagai personaliti seperti Hafez dan Adam.
  • Kehidupan bersama individu yang mengalami personaliti berbeza dalam satu tubuh.
  • Konflik emosi, trauma dan cabaran dalam hubungan rumah tangga.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu yang gemarkan kisah cinta unik.
  • Pembaca yang berminat dengan tema misteri dan psikologi.
  • Peminat cerita tentang watak berbilang personaliti atau identiti tersembunyi.
  • Pembaca yang suka konflik rumah tangga dan kejutan plot.

Maklumat Buku

  • Penulis: Nurul Ain Syuhada
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674690571
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan