Penulisan2u
Rindu Kamu Mr. Darcy Oleh Syamnuriezmil
- Regular price
- RM 18.00
- Sale price
- RM 18.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Rindu Kamu Mr. Darcy Oleh Syamnuriezmil
Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...
Kisah antara Faris dan Hayfa. Faris seorang lelaki yang sangat mementingkan maruahnya dan Hayfa pula seorang perempuan yang sangat prejudis. Perkenalan bermula dengan penuh rasa kebencian. Mereka saling berharap tidak akan bertemu dengan salah seorang daripada mereka dalam dunia ini.
“Awak memang kaki skodeng, ya? Awak ikut saya sampai ke sini, ya? Awak ni sakit jiwa ke apa?”
“Eh, Encik Faris yang semuanya sempit, awak ingat saya ingin sangat ke tengok muka awak ada dekat sini. Huhhh!!!”
Tapi...
Orang kata, jangan benci sangat nanti lama-lama jadi sayang. Sayang ke kalau hanya seorang saja yang meluahkan perasaan, yang lagi seorang masih tidak bersedia?
“Tolonglah Hayfa, terimalah saya dalam hidup awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk tidak jatuh cinta kepada awak. Bukan senang nak mengajar hati saya untuk berpisahdengan awak. Ini pun... Rindu sangat-sangat.”- FARIS DARWISY
Muncul pula Haziz Mukhlis, menambahkan lagi prejudis Hayfa kepada Faris. Adakah Hayfa mempercayai cerita Haziz sehingga takut menerima cinta Faris? Perlukah Faris mengetepikan maruahnya demi cintanya kepada Hayfa?
“Siapa awak sebenarnya?” - HAYFA IDHAR
“Seorang yang mencintai awak tanpa mengharapkan balasan.” - FARIS DARWISY
Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu...
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Cinta yang bermula daripada kebencian dan salah faham
- Hubungan “benci jadi cinta” antara Faris dan Hayfa
- Prejudis serta kesukaran mempercayai orang yang dicintai
- Cinta sepihak dan keberanian meluahkan perasaan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
- Peminat kisah cinta “enemies to lovers”
- Pembaca yang menyukai watak lelaki romantik dan bersungguhsungguh
- Pembaca yang gemar konflik salah faham serta cinta tiga segi
Maklumat Buku
- Penulis: Syamnuriezmil
- Penerbit: Penulisan2u
- ISBN: 9789670567068
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg