• 9407
1

Karyaseni

PA Aku Ratu Sejuk Beku Oleh Azimah Lily

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis PA Aku Ratu Sejuk Beku Oleh Azimah Lily

“Aura dinginnya mampu menggoncang jiwa!”

KERANA impiannya sendiri, Aziz sanggup memungkiri perjanjian antara ibunya, Datin Ida.
Bertahun-tahun Aziz melancong ke serata dunia. Suatu hari, Aziz pulang ke Malaysia tanpa
pengetahuan sesiapa. Niatnya kali ini melancong di segenap pelosok tanah air. Di Pulau
Aman, Aziz diculik oleh kumpulan yang tak dikenali.

“Berhutang? Hutang apa? Seingat saya, saya tak pernah berhutang dengan sesiapa pun.”

-
AZIZ

Kemunculan Datin Ida mengejutkan Aziz. Datin Ida datang menuntut janji. Suka atau tidak,
Aziz akan berkerja di AB Group selepas Datin Ida memenuhi janji pada Aziz.
Tanpa rela hati, Aziz terpaksa bekerja di syarikat keluarganya. Kehadiran Aziz tidak
disenangi oleh beberapa orang ahli lembaga pengarah termasuklah sepupu ayahnya, Datin
Annisa. Bagi memastikan Aziz serius menjalankan tanggungjawab, Datin Ida mengarahkan
Diana menjadi PA Aziz buat sementara waktu

“Aziz tak suka dia, mummy! Muka dia pun Aziz meluat nak tengok, inikan pula nak hadap
hari-hari! Lagi stres, tahu tak!” - AZIZ

Perangai Diana yang dingin, panas baran dan suka menyendiri sering kali menguji
kesabaran Aziz.

“Kalau bos dapat markah 80 ke atas, I bagi kamera bos balik.” – DIANA
“Bijak betul awak ni, kan! Masa saya tengah tension ni la awak nak buat test,

memang bijak cari peluang!” - AZIZ

Dalam masa yang sama, Aziz tetap mahu busybody akan hal Diana. Kata-kata berapi Diana
kepada Aizat menunjukkan yang Diana mungkin pernah kecewa gara-gara putus cinta. Si ratu
sejuk beku itu pernah kecewa?

“You tak kenal siapa Diana! Dia tu perempuan jahat. Dia homewrecker!”

Benarkah bagai dikata?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan antara bos dan PA dengan dinamika benci jadi cinta
  • Konflik tanggungjawab keluarga serta pewarisan syarikat
  • Watak wanita dingin, panas baran dan misteri
  • Isu kepercayaan, kecewa akibat percintaan dan tuduhan sebagai perosak rumah tangga

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang gemar novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta bos dan pekerja
  • Pembaca yang menyukai tema benci jadi cinta
  • Peminat watak wanita berahsia, dingin dan sukar didekati

Maklumat Buku

  • Penulis: Azimah Lily
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789674691943
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan