• 9632
1

Fajar Pakeer

Moonlight Oleh Lollysnow

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Moonlight Oleh Lollysnow

Sejahat mana pun masa lalu, kenangan tetap menjadi satu rasa yang terindah.

Seindah mana pun pertemuan, perpisahan tetap menyakitkan.

Begitulah kisah perkenalan Ammar dengan Luna yang membuat lelaki itu dikejar bayang. Luna seperti burung yang bebas terbang, menggapai apa saja yang diinginkan.

Langkah gadis itu ringan, suara gemeresik seperti angin damai. Mata pula bersinar bak bulan memancar kebahagiaan.

“Kenapa kau kiss aku?” – AMMAR
“Sebab saya teruja dengan awak! Saya gembira dapat kenal awak, Ammar.” – LUNA
“Lepas ni jangan buat kat mana-mana lelaki lagi.” – AMMAR

Dimulakan dengan ciuman di hari pertama pertemuan, tetapi suratan mengakhiri detik itu dengan perpisahan tanpa lambaian terakhir.

Ammar fikir pertemuan singkat itu cukup untuk dia mengenali gadis bernama Luna itu. Tetapi, dia silap. Segala memori itu hanya khayalan palsu yang direka oleh Rihana.

Setelah tiga tahun, Luna yang Ammar temui dahulu rupanya Rihana yang dianggap sampah. Tiada lagi Luna yang bersinar cantik. Yang ada di hadapannya sekarang hanya Rihana yang rapuh dan menyedihkan.

“Kau tahu kan aku cari kau macam orang gila! Kenapa kau buat aku macam ni? Berapa banyak lagi yang kau tipu aku?” – AMMAR

Apakah Ammar masih mampu menerima siapa Rihana setelah semuanya terbongkar?

Jiwa dan identiti menjadi pertaruhan. Mampukah mereka terus bertahan?

Benarkah satu untuk selamanya, kekal menjadi cinta yang terakhir?

Andai perpisahan tetap menjadi nyata, setidaknya kita pernah terikat bersama. Seperti angin yang singgah menghembus tirai malam, seperti bulan yang lara mencipta senyuman.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan pertemuan yang meninggalkan kesan mendalam
  • Perpisahan, kerinduan dan kenangan masa lalu
  • Rahsia identiti serta penipuan dalam hubungan
  • Penerimaan diri, luka emosi dan maruah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang suka kisah cinta penuh rahsia dan kejutan
  • Pembaca yang tertarik dengan tema perpisahan dan cinta lama
  • Pembaca yang menikmati konflik emosi serta perkembangan watak

Maklumat Buku

  • Penulis: Lollysnow
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838221382
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan