• 9359
1

Fajar Pakeer

Master Angelo Oleh Hyzwayne

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Master Angelo Oleh Hyzwayne

Meski digenggam kuat, disimpul rapi namun akan terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, dibuang jauh-jauh, andai sudah tertulis milik kita, tetap jua akan jadi milik kita.

“Aku bagi dua pilihan sama ada dengar cakap aku atau mati kena tembak.” - Angelo Leonardo

Harta dan kuasa menjadikan Angelo seorang Master. Jangan cari pasal, kelak akan dicari sehingga ke lubang cacing, kerana bagi Angelo Leonardo. Darah perlu dibayar dengan darah.

Pertemuan pertama membuka ruang pengenalan. Namun pertembungan yang berlaku secara tiba-tiba mencetuskan perang dunia ketiga! Bahkan percakaran itulah juga menjadi titik utama mereka saling mengenali yang akhirnya membongkar rahsia yang membelah badai.

“Awak ingat awak master saya takut ke? Memang taklah! Silap haribulan awak lebih takut dengan saya nanti.” - Mirza Alfee

Seberani mana pun Mirza Alfee, dia masih akan dianggap gadis nerd pada mata Angelo. Mirza Alfee bagai seekor arnab yang perlu dibelai. Comel, gebu dan manja. Tetapi andai tersalah pegang, pasti akan digigit! Gadis naif itu adalah sebenar-benar topeng. Menutup segala sesuatu daripada pengetahuan sesiapa yang belum mengenali dirinya.

Segalanya berubah ketika mana satu per satu rahsia terbongkar. Daripada seekor arnab dia berubah menjadi seekor singa. Takkan hilang taring di jiwanya… hanya tunggu untuk mengaum.

Petunjuk telah membawa kebenaran, pada hakikatnya, Angelo sama sekali tidak mengenali siapa sebenarnya gadis itu. Sehinggalah….

“If you know who I am, will you hate me?” - Mirza Alfee

Queen of Assassin, di sebalik rahsia ada rahsia. Kejadian hitam itu telah membawa dia masuk ke dunia gelap dan mengheret Master Angelo untuk mengenali siapa dirinya.

“Let the games begin.” - DragonFox

Dengan terciptanya kisah bersimpang-siur, dapatkah Angelo menerima takdir yang bakal berlaku ke atas dirinya? Dapatkah kemaafan ditagih dan bencana dihindar sebelum musnah kehidupannya?

Black Eyes, Master Angelo, Red Blood, Queen of Assassin, rahsia apakah di sebaliknya?

Mencintai seseorang, namun hilang ditelan waktu. Kehilangan itu bagai racun yang tidak akan pernah sembuh… sehingga sedekat nadi pun, semesta sudah mengetahui rahsia sebuah takdir.

Never assume by the way someone looks. Even the most innocent face can hide the most unexpected side!

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan rumit yang terikat dengan takdir
  • Dunia gelap, kuasa, jenayah dan mafia
  • Identiti rahsia, penyamaran dan pendedahan kebenaran
  • Assassin, dendam, pembunuhan dan konflik berdarah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik gelap dan penuh konflik
  • Peminat kisah mafia, kuasa, jenayah dan dunia bawah tanah
  • Pembaca yang suka watak wanita kuat dengan identiti tersembunyi
  • Peminat plot penuh misteri, rahsia, aksi dan kejutan

Maklumat Buku

  • Penulis: Hyzwayne
  • Penerbit: Fajar Pakeer
  • ISBN: 9789838222327
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan