• 5423
1

Penulisan2u

Lelaki Kiriman Tuhan Oleh Umie Nadzimah

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan Oleh Umie Nadzimah

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

"Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira

"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid

"Sebab awak tu miring!" - Naira

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Percintaan dan kepercayaan antara Naira dengan Iqbal Raid
  • Perkahwinan dan kehidupan rumah tangga
  • Pengorbanan pasangan dalam menghadapi masalah
  • Beban hutang keluarga dan cabaran hidup

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Pembaca yang menyukai kisah cinta selepas perkahwinan
  • Pembaca yang tertarik dengan watak lelaki penyayang dan misteri
  • Pembaca yang gemar konflik keluarga, hutang dan pengorbanan

Maklumat Buku

  • Penulis: Umie Nadzimah
  • Penerbit: Penulisan2u
  • ISBN: 9789672102106
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan